Sunday, January 11, 2015

KELEBIHAN KAEDAH PERCERAIAN MELALUI HAKAM BERBANDING FASAKH (SIRI 2)



Sebagai kesinambungan daripada entri sebelum ini, saya akan kongsikan sedikit lagi ilmu berkaitan perceraian. Bukan tujuan saya untuk menggalakkan perceraian kerana agama Islam sendiri tidak menyukai perceraian tetapi jika ia terpaksa dilakukan maka Islam menyediakan jalannya. Begitu juga ilmu peperangan diajar dalam Islam bukan untuk menggalakkan peperangan, tetapi jika ada keperluan untuk berperang maka bersiap sedialah dengan ilmu peperangan supaya tidak kecundang di medan tempur.

Berikut dinyatakan secara ringkas antara kelebihan kaedah perceraian melalui hakam berbanding fasakh, iaitu seperti mana berikut:

1) Mesra Masa: Tempoh masa yg diambil bagi penyelesaian kes perceraian melalui hakam dalam prosiding penuh kebiasaannya di bawah 1 tahun (purata 8-10 bulan) berbanding perceraian secara fasakh dlm prosiding penuh yg mengambil 1 hingga 2 tahun atau lebih.

2) Mesra Objektif: Kebarangkalian mencapai okjektif perceraian dlm kes hakam adalah lebih tinggi berbanding kes fasakh yg tertakluk kpd penolakan. Melalui kaedah hakam perceraian akan terhasil juga jika salah satu pihak tidak mahu lagi meneruskan perkahwinan manakala dlm kes fasakh prinsip ini tidak berlaku.

3) Mesra Bajet: Penjimatan kos lebih ketara dlm kes perceraian melalui hakam kerana tidak memerlukan jumlah kehadiran yg banyak berbanding fasakh yg memerlukan banyak kehadiran bagi setiap sebutan dan perbicaraan  dlm menyempurnakan keterangan utama, soal balas dan soal semula pihak-pihak dan semua saksi terlibat.

4) Mesra Prosedur: Perceraian melalui kaedah hakam hanya memerlukan 3 peringkat prosedur iaitu keputusan pihak-pihak secara bersama, keputusan jawatankuasa pendamai dan keputusan hakam. Manakala dalam kes fasakh banyak prosedur perlu dilalui termasuklah sebutan-sebutan kes, bantahan awal (jika ada), pengurusan kes, perbicaraan-perbicaraan (plaintif, saksi-saksi plaintif, defendan, saksi-saksi defendan) dan penghujahan perlu disempurnakan terlebih dahulu sblm mendapatkan keputusan hakim.

5) Mesra Peguam: Bebanan tugas peguam dalam kes perceraian melalui hakam adalah lebih ringan iaitu untuk memastikan perlantikan hakam dan penyerahan kuasa penuh dibuat dengan betul dan beberapa urusan litigasi utk memastikan kehendak perundangan dipatuhi atau memastikan sekiranya ada ruang utk pengecualian mana-mana prosedur atau memendekkan jangka masa sesuatu prosedur berpandukan kpd autoriti perundangan. Manakala dalam kes fasakh beban tugas peguam adalah sangat berat daripada proses menyediakan pliding, memeriksa dokumen dan keterangan saksi, menjalankan perbicaraan, menyediakan afidavit, hujah, ikatan autoriti dan lain-lain proses litigasi.

6) Mesra Mahkamah: Bebanan tugas Hakim di dalam kes perceraian melalui hakam juga adalah lebih ringan kerana tugas membuat keputusan diserahkan kepada hakam-hakam dan Mahkamah hanya campur tangan apabila perlu sahaja berbanding dlm kes fasakh peranan dan bebanan tugas Hakim adalah lebih berat dari mula kes disebut, dibicarakan dan sehinggalah dalam membuat keputusan.

7) Mesra Keluarga: Di dalam kes perceraian melalui hakam anggota keluarga kpd pihak2 boleh memainkan peranan yg besar sebagai wakil jawatankuasa pendamai dan hakam dan kebolehterimaannya adalah tinggi. Manakala dalam kes fasakh anggota keluarga hanya boleh berperanan sbg saksi dan kebolehterimaan keterangan mereka adalah rendah (seperti saksi ibu dan bapa).

8) Mesra Tatasusila: Dalam kes perceraian melalui hakam keaiban pihak-pihak dlm sesuatu perkahwinan tidak  didedahkan kpd orang awam atau pihak luar kerana ia tidak dibicarakan dlm mahkamah terbuka seperti dlm kes fasakh. Sebaliknya keaiban tersebut jika ada pun, hanya didedahkan secara tertutup dalam majlis jawatankuasa pendamai dan majlis tahkim sahaja.

9) Mesra Rayuan: Kes perceraian yg diputuskan oleh hakam adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. Hanya proses semakan kehakiman sahaja dibolehkan jika melibatkan kecacatan prosedur. Manakala dalam kes fasakh keputusan yg dibuat oleh Hakim di peringkat mahkamah rendah Syariah boleh dirayu dan disemak ke mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan syariah dan ada kemungkinan keputusan fasakh tersebut boleh dibatalkan jika terdapat kecacatan yg material.

10) Mesra Mutaah: Isteri yg diceraikan melalui proses hakam masih berhak membuat tuntutan berbangkit slps perceraian seperti mutaah menurut qaul sahih dlm mazhab syafie (walaupun ia diceraikan secara tebus talak- Rujuk pandangan Imam Nawawi dalam Raudah al-Talibin). Manakala isteri yg difasakhkan pernikahannya tidak berhak membuat tuntutan mutaah walaupun fasakh tersebut berpunca dari keaiban suami spt kecuaian nafkah dsb.

11) Mesra Alam Sekitar: Ini pun satu lagi kelebihan kaedah perceraian secara hakam kerana ia tidak memerlukan banyak kertas dan dakwat bagi menyediakan pliding kes. Hanya beberapa helai mukasurat untuk menyediakan surat akuan, lampiran dokumen, laporan jawatankuasa pendamai, laporan hakam dan perintah Mahkamah. Berbanding dengan dalam kes fasakh jumlah kertas yang digunakan adalah lebih banyak. Malah kadang kala terpaksa membuka lebih daripada satu jilid fail disebabkan tebalnya dokumen yang digunakan.

Semuanya mesra-mesra belaka. Sekian sahaja buah fikiran yg dapat dikongsikan kali ini. Sekiranya terdapat apa2 kekeliruan atau kekhilafan bolehlah ia dibincangkan dalam medium yg sesuai.

Wallahu A'lam

6 comments:

  1. Assalammualaikum , saya memulakan kes tuntutan cerai sejak mac 2012 lagi hingga ke hari ni saya belum lagi selesai , saya sangat kecewa dengan sistem yang sangat memberatkan pada pihak lelaki (suami) 1. Kes lafaz talak luar mahkamah ( di akhiri dgn angkat sumpah pihak suami ) 2 . kes cerai cara baik. yang mana berterusan hingga ke Hakam 2 sekarang ini bermula mac 2013 hingga hari ini 20/1/2015. perintah hakam telah di mulakan sejak mei 2014 , juga tidak berpuas hati dgn peguam syarie yg tidak comitted utk menyelesaikan kes , di akhir peringkat ini peguam pula nak saya tutup kes dan mulakan kes fasakh dgn tambahan bayaran 4k.saya tetap berkeras nak teruskan sebab saya tau fasakh akan mengambil masa 2 tahun lagi atau lebih, saya berumur 52 tahun dan tidak bekerja & sudah tidak mampu membayar peguam yg kenakan RM300 utk satu kali kehadiran di mahkamah selain bayaran guaman yg sudah di janjikan, dah mencecah 8K pun.di mana kelemahan nya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...Teruskan proses hakam...jika perlu pecat hakam sedia ada dan minta mahkamah lantik hakam lain bagi kedua2 pihak dengan kuasa penuh... Tidak perlu pinda kpd kes fasakh...

      Delete
  2. Maklumat yang sgt membantu, syukran ustaz

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. Saya telah meminta cerai dr suami pada bln Mei tahun ini 2015, tetapi suami taknak lepaskan.. sehingga la semggu lpas dia setuju untuk lepaskan saya tetapi dia meminta sy yg failkan dlu, kmi ada anak sorang umur setahun 2bln.. alasan sy nak failkan cerai sebb suami tak bagi nafkah selama 2 tahun berkahwin, dengan anak pun dia kdg dtg jumpa dlm sbulan 2kali untuk bawa susu n pampers, anak sy d jaga oleh mak sy kt klg, sy dah kluar rumah msa bln 6 smpai skrg.. apa yg patut saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. adakah puan telah memfailkan kes cerai dan di mana? puan boleh beri detail di whatapp 0193901150. terima kasih

      Delete
  4. Assalammualaikum,,saya memulakan tuntutan cerai dri suami Mac tahun ini., manakala suami pula membuat memfailkan kembali taat pd bln Mei thun ini juga,, Kes tuntutan cerai saya skrg berada tahap hakam keluarga yg akn disebutkan pd 17hb Nov,, tpi kputusan dari ke dua2 pihak hakam berlainan,, blh sy tahu apa tindakan mahkamah andaikata keputusan pihak hakam tidak sepakat? sy pula sudah keluar dari rumah pd bulan 10,2015,, Peguam syarie yg di lantik pula tidak begitu bersungguh utk menyelesaikan kes ,

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus