Belum sampai pun satu purnama kakiku meninggalkan 'Kamar Syariah' MAIS, kini kekosongan jawatan itu telahpun diiklankan untuk diisi oleh khalifah selepasku (kira khalifah le jugak, sebab dia adalah pengganti). Namun kali ini syarat keutamaannya agak lebih ketat dari apa yang saya miliki.
Masa jawatan pegawai syariah ini saya isi buat pertama kali pada November 2007, kelayakan atau keutamaan yang diperlukan hanyalah sijil Peguam Syarie Negeri Selangor. Namun dalam menjalankan tugas-tugas yang melibatkan kepentingan MAIS, saya berjaya meluluskan diri bagi mendapatkan sijil Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan. Kebetulan sijil itu amat bermakna lantaran terdapat juga kes yang melibatkan kepentingan MAIS dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan. Maka secara tak langsung kelayakan untuk jawatan ini telah terupgrade.
Dalam awal tahun ini pula, kepentingan MAIS telah bertambah luas dengan turut melibatkan perundangan Syariah di Negeri Perak dalam kes-kes harta pusaka yang terletakhak kepada baitulmal Selangor yang dituntut oleh pemastautin di Negeri Perak.Maka secara tidak langsung jawatan pegawai syariah ini diupgrade lagi agar perlu memiliki sijil Peguam Syarie Negeri Perak.
Dalam kesempatan ini, adalah diseru kepada rakan seperjuangan yang berminat dan bermatlamat untuk meninggikan syiar Islam atas muka bumi, agar menyahut seruan MAIS. (Mohon jangan tak mohon). Silalah memohon jawatan ini yang telah saya kosongkan khas untuk kalian. (Tak boleh pegang jawatan lama-lama, bagi peluang pada orang lain pulak.)
Satu je pesanan saya, jalankan tugas dengan amanah, mesra dan prihatin, selari dengan slogan MAIS. Emm... kalau ada sesiapa yang nak tahu soalan bocor untuk temuduga nanti, boleh la hubungi saya... (he, he... tapi kena buka fail klien dulu, he, he, he... acah aje... mane la saya tahu soalan bocor... soalan lama dah expired... mesti penemuduga akan buat soalan baru punya...). Jika berminat sila layari www.mais.gov.my dan hantar permohonan sebelum 24 Ogos 2009. Sekian untuk kali ini.
Salam Sdr.Juraish.
ReplyDeleteSekali lagi Pak Ngah ucapkan syabas kpd MAIS kerana bertindak pantas, Bila jawatan kosong di sesuatu jabatan sewajarnyalah diisikan semula secepat mungkin supaya tugasan yang berkaitan dgn masyarakat tidak tergendala.
Ada pegawai pun kekadang tidak cukup tangan melayani tugas yang banyak inikan pula kosong. Syabas MAIS kerana bertindak tepat dan benar.
Pak Ngah juga gembira dengan kejayaan anda.
Salam Pak Ngah,
ReplyDeleteSaya la yang tak cukup tangan tuuu... huhuhu..