Entri kali ini saya hendak kongsikan kesibukan kami ahli penyelidik analisa kajian kes murtad Negeri Selangor dalam menyediakan laporan akhir untuk dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Selangor. Kajian ini dibuat terhadap kes-kes yang melibatkan isu murtad yang difailkan sama ada di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Mahkamah Sivil, Jabatan Mufti Selangor (rundingcara akidah) dan Majlis Agama Islam Selangor dari tahun 2003 hingga 2008.
Kajian ini adalah ditaja oleh Majlis Agama Islam Selangor dengan geran penyelidikan sebanyak RM35,000. Ia dimulakan pada pertengahan tahun 2008 yang melibatkan kerjasama daripada pakar akademik daripada UIAM dan UiTM serta pengamal undang-undang daripada MAIS sendiri. Ahli penyelidik yang dilantik adalah seramai 8 orang. Ketua penyelidik dalam projek ini adalah Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dari UiTM. Penyertaan saya sebagai ahli penyelidik dibuat atas tiket pengamal undang-undang Syariah / Peguam Syarie yang mengendalikan kes murtad sebagai wakil MAIS di Mahkamah Syariah.
Dalam kajian ini, saya ditugaskan untuk melakukan analisa terhadap profil kes murtad bersama dengan ahli kumpulan yang lain. Kumpulan saya ini diketuai oleh bekas pensyarah saya ketika mengambil Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) di UIAM, iaitu Datin Paduka Prof. Zaleha Kamaruddin. Manakala kumpulan satu lagi yang diketuai oleh Ketua Penyelidik sendiri akan melaksanakan kajian perundangan berhubung isu murtad.
Dalam analisa yang kami lakukan, terdapat 14 variable (pembolehubah) yang disentuh iaitu kategori defendan yang disaman dalam kes pengisytiharan murtad di mahkamah, bangsa pemohon, agama asal, jantina, status perkahwinan, umur, cara pengislaman, tempat memeluk Islam, tempoh memeluk Islam, tujuan memeluk Islam, tahap bimbingan Islam, tahun fail kes, perwakilan peguam dan sebab murtad. Setiap data yang diperolehi daripada semua kategori pembolehubah akan dianalisa pula secara kualitatif bagi memahami senario kes murtad secara lebih mendalam.
Hasilnya kami mendapati beberapa dapatan yang sangat menarik perhatian. Insya-Allah ia akan dimaklumkan di sini setelah ia dimuktamadkan oleh semua ahli penyelidik dalam masa terdekat. Apapun kita bedoa kepada Allah Taala agar kita semua dikekalkan iman dan ditingkatkan darjat ketaqwaan supaya kita terus tetap berpegang dengan kalimah "LA ILAHA ILLA ALLAH" hingga akhir hayat. Sekian dulu. "Selamat berpuasa". Kullu am wa antum bil khair.
memang menggerunkan kes-kes murtad kalau tak ditangani dengan segera
ReplyDeletememang betul syeikh. Tapi kat selangor setakat ni belum ada orang yang diisytihar murtad,kecuali orang dah mati, ada le 2@3 orang. Kat negeri enta dah ada Siti Fatimah Tan, landmark kes pulak tu... he, he, gerun, gerun...
ReplyDeleteSalam Juraish
ReplyDeleteBila nak bawak kes lagi?
hehehehe... disebabkan kes fatimah Tan lah berduyun-duyun permohonan pengesahan murtad.. ana pun dok tepis2 ja...... matlamat tidak menghalalkan cara...
ReplyDeleteSalam Sdr.Juraish.
ReplyDeletePak Ngah baca dan telah mendapat maklumatnya, insya Allah akan baca lagi.
Assalamualaikum sdr Juraish
ReplyDeleteMohon izin singgah. Paparan-paparan sdra amat besar manfaatnya kepada para muslimin. Melalui blog ini saya berpeluang mengetahui karya-karya baru yang bernilai tinggi. Terima kasih.
salam,
ReplyDeletesatu usaha yang bagus.
boleh juga lawati blog saya roy-nadzri.blogspot.com. ada juga kes murtad yang saya sisipkan.