Showing posts with label MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM. Show all posts
Showing posts with label MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM. Show all posts

Wednesday, February 4, 2009

PEMERKASAAN BAITULMAL: Abstrak

PEMERKASAAN BAITULMAL: Anjakan Entiti dan Penjenamaan Produk Muamalat Baitulmal

Oleh: JURAISH BIN KAMARUDDIN


Abstrak


Baitulmal harus dilihat sebagai institusi perbendaharaan yang tertinggi dalam negara yang mengimplimentasi sistem ekonomi Islam. Kemampuan sebenar baitulmal dalam menjana kekuatan dan keseimbangan ekonomi hingga ke tahap dunia perlulah ditingkatkan dari semasa ke semasa demi manfaat sejagat. Usaha ke arah menganjak entiti baitulmal sangatlah penting supaya kesejagatan baitulmal akan lebih dirasai. Kita tidak seharusnya melihat semata-mata kepada sumber zakat atau wakaf untuk menjana kemajuan ekonomi. Ini kerana agihan zakat adalah terbatas dan telah dikhususkan agihannya hanya kepada lapan golongan. Hasil wakaf juga adalah terbatas dan hanya berhak dinikmati oleh mauquf alaih dan adakalanya telah dikhususkan oleh pewakaf untuk manfaat khas. Pergantungan penuh kepada kedua-dua sumber tersebut akan menyebabkan agihan kekayaan ekonomi menjadi tidak seimbang. Ini kerana terdapat banyak lagi harta kekayaan umat Islam dan bukan Islam yang tidak mampu diusik oleh kedua-dua instrumen zakat dan wakaf. Justeru, di sinilah perlunya baitulmal melebarkan sayapnya untuk melindungi kepentingan pihak-pihak yang ‘terhijab’ daripada mendapat manfaat zakat dan wakaf. Ke arah itu, dari sudut perundangannya, perlulah locus standi atau entiti baitulmal ditingkatkan supaya tangannya mampu mencapai harta-harta yang selama ini tidak mampu disentuh oleh instrumen zakat, wakaf dan sebagainya. Bahkan produk-produk yang menjadi hasil baitulmal perlulah juga dijenamakan sejajar dengan prinsip muamalat Islam yang dinamik dan fleksibel.

Monday, February 2, 2009

PEMERKASAAN BAITULMAL: Anjakan Entiti & Penjenamaan Produk Muamalat Baitulmal


Itulah tajuk kertas sisipan yang sedang saya sempurnakan untuk diedar dalam Munaqashah Pemerkasaan MAIS 2009. Kertas ini diadaptasi daripada kertas kerja "Memperkasa Baitulmal Menerusi Undang-Undang Syariah" yang telah dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Baitulmal Kebangsaan bil. 1/2008 di PICC Putrajaya.


Idea yang ingin diketengahkan dalam kertas ini antara lain ialah:


1- Cadangan memperbadankan baitulmal supaya ia mempunyai locus standi untuk bertindak di sisi undang-undang.

2- Peranan aktif institusi masjid sebagai cawangan baitulmal dan konsep baitulmal online.

3- Simpanan Tetap / Rizab Berkanun baitulmal

4- Pembentangan belanjawan tahunan baitulmal

5- Mempelbagai hasil baitulmal dengan meneroka hasil baru yang bermasalah

6- Agihan hasil baitulmal kepada makro ekonomi negara dan umat sejagat

7- Penubuhan bank Islam milik penuh baitulmal

8- Bidang kuasa Mahkamah Syariah diluaskan kepada perbankan Islam milik baitulmal.

9- Penjenamaan produk muamalat baitulmal, contohnya harta Luqatah dijenama dengan nama produk 'al-Luqatah al-Muntahiyah bil-Musyarakah.'


Insya-Allah, jika ada kesempatan kita akan kongsikan huraian penuh kertas kerja ini.


Sekian dulu. Wassalam

Thursday, January 1, 2009

KEADILAN DALAM MUAMALAT, KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM (Siri 1)

Keghairahan Memberi Pinjam vs Kehairahan Meminjam

Sesebuah bank yang kaya-raya dengan sistem perbankannya yang cukup kompleks sebenarnya bermula daripada prinsip asas yang cukup mudah difahami. Sama seperti seseorang individu yang hendak berniaga, sesebuah bank yang ingin beroperasi mestilah bermula dengan modal, sama ada secara hutang atau tunai, bermula dari satu angka hinggalah berbilion-bilion. Secara prinsipnya, tanpa modal tunai pun seseorang peniaga atau sesebuah bank masih boleh memulakan operasi dengan mendapatkan pinjaman modal (secara hutang) asalkan ia mendapat kepercayaan daripada pemiutang untuk membayar balik hutangnya.
Memandangkan betapa mudahnya memulakan perniagaan dengan hanya meminjam modal daripada pihak lain, maka tidak hairanlah ada orang yang beranggapan bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak meminjam atau berhutang. Sekali fikir memang betul tanggapan tersebut kerana orang yang meminjam tidak perlu bersusah payah memerah tenaga bagi mendapatkan modal. Lebih dahsyat dari itu orang yang meminjam juga boleh berhelah untuk melarikan diri daripada membayar hutang. Jika taktik ini berjaya maka orang yang meminjam mungkin boleh berubah menjadi orang yang paling kaya di dunia. Manakala pemberi pinjam yang kaya-raya sebelum ini akan berubah menjadi orang yang paling miskin di dunia dalam sekelip mata akibat pinjaman yang tidak dibayar. Agaknya fenomena inilah yang sedang melanda beberapa ikon kewangan tersohor di Amerika yang diisytiharkan muflis beberapa bulan lalu. Memang itulah yang akan terjadi apabila keghairahan memberi pinjam demi mengaut keuntungan mudah bertembung dengan keghairahan meminjam untuk mengaut keuntungan mudah.

Memandangkan betapa mudarat dan zalimnya fenomena ini, maka perlulah kita melihat kepada panduan yang telah ditetapkan dalam prinsip muamalat Islam bagi mengelakkan kezaliman berlaku. (Bersambung dalam Siri 2)

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus