Oleh: JURAISH BIN KAMARUDDIN
Abstrak
Baitulmal harus dilihat sebagai institusi perbendaharaan yang tertinggi dalam negara yang mengimplimentasi sistem ekonomi Islam. Kemampuan sebenar baitulmal dalam menjana kekuatan dan keseimbangan ekonomi hingga ke tahap dunia perlulah ditingkatkan dari semasa ke semasa demi manfaat sejagat. Usaha ke arah menganjak entiti baitulmal sangatlah penting supaya kesejagatan baitulmal akan lebih dirasai. Kita tidak seharusnya melihat semata-mata kepada sumber zakat atau wakaf untuk menjana kemajuan ekonomi. Ini kerana agihan zakat adalah terbatas dan telah dikhususkan agihannya hanya kepada lapan golongan. Hasil wakaf juga adalah terbatas dan hanya berhak dinikmati oleh mauquf alaih dan adakalanya telah dikhususkan oleh pewakaf untuk manfaat khas. Pergantungan penuh kepada kedua-dua sumber tersebut akan menyebabkan agihan kekayaan ekonomi menjadi tidak seimbang. Ini kerana terdapat banyak lagi harta kekayaan umat Islam dan bukan Islam yang tidak mampu diusik oleh kedua-dua instrumen zakat dan wakaf. Justeru, di sinilah perlunya baitulmal melebarkan sayapnya untuk melindungi kepentingan pihak-pihak yang ‘terhijab’ daripada mendapat manfaat zakat dan wakaf. Ke arah itu, dari sudut perundangannya, perlulah locus standi atau entiti baitulmal ditingkatkan supaya tangannya mampu mencapai harta-harta yang selama ini tidak mampu disentuh oleh instrumen zakat, wakaf dan sebagainya. Bahkan produk-produk yang menjadi hasil baitulmal perlulah juga dijenamakan sejajar dengan prinsip muamalat Islam yang dinamik dan fleksibel.
No comments:
Post a Comment