Itulah tajuk kertas sisipan yang sedang saya sempurnakan untuk diedar dalam Munaqashah Pemerkasaan MAIS 2009. Kertas ini diadaptasi daripada kertas kerja "Memperkasa Baitulmal Menerusi Undang-Undang Syariah" yang telah dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Baitulmal Kebangsaan bil. 1/2008 di PICC Putrajaya.
Idea yang ingin diketengahkan dalam kertas ini antara lain ialah:
1- Cadangan memperbadankan baitulmal supaya ia mempunyai locus standi untuk bertindak di sisi undang-undang.
2- Peranan aktif institusi masjid sebagai cawangan baitulmal dan konsep baitulmal online.
3- Simpanan Tetap / Rizab Berkanun baitulmal
4- Pembentangan belanjawan tahunan baitulmal
5- Mempelbagai hasil baitulmal dengan meneroka hasil baru yang bermasalah
6- Agihan hasil baitulmal kepada makro ekonomi negara dan umat sejagat
7- Penubuhan bank Islam milik penuh baitulmal
8- Bidang kuasa Mahkamah Syariah diluaskan kepada perbankan Islam milik baitulmal.
9- Penjenamaan produk muamalat baitulmal, contohnya harta Luqatah dijenama dengan nama produk 'al-Luqatah al-Muntahiyah bil-Musyarakah.'
Insya-Allah, jika ada kesempatan kita akan kongsikan huraian penuh kertas kerja ini.
Sekian dulu. Wassalam
Alhamdulillah.
ReplyDeletekita akan dapat banyak maklumat nanti, insya Allah kalau ada entri di dalam blog ini tentang perkara di atas saya akan membacanya.
Wassalam.
Terima kasih, sudi baca lagi. Semoga murah ilmu dan murah rezeki.
ReplyDelete