1.1- Pemilik Harta Baitulmal: Pemerintah atau Rakyat?
Baitulmal merupakan kumpulan harta yang buat masa ini, secara undang-undangnya adalah terletakhak kepada Majlis Agama Islam. Dari sudut undang-undang bolehlah dikatakan Majlis Agama Islam sebagai pemilik yang sah bagi harta baitulmal dan berkuasa membelanjakan harta baitulmal mengikut ketetapan yang dibuat olehnya.
Namun menurut prinsip syarak, harta baitulmal itu dimiliki oleh semua orang Islam (muslimin) kerana merekalah yang menyumbang kepada baitulmal. Ia bukan milik mutlak pemerintah, kerajaan atau individu tertentu. Sebaliknya pemerintah, kerajaan atau individu yang dilantik hanyalah sebagai pentadbir dan pemegang amanah kepada harta baitulmal. Justeru pentadbir baitulmal berkewajipan menyerah atau mengagihkan harta baitulmal kepada orang yang berhak. Manakala orang yang berhak pula boleh membuat tuntutan (melalui baitulmal atau mahkamah) untuk mendapatkan bahagiannya daripada harta baitulmal.

No comments:
Post a Comment