Wednesday, February 11, 2009

Sahabatku Penulis Buku Yang Aktif

Posting kali ini, saya cuma nak kongsikan keaktifan sahabat saya dalam menulis buku agama. Sheikh Mohd Fikri Che Hussain. Anak seorang arwah Imam dan guru agama di tanah kelahiran beliau. Beliau adalah sahabat seperguruan saya semasa sekolah menengah dulu sampai tingkatan 5. Kemudian beliau menyambung palajaran lebih awal ke Morocco. Manakala saya terus berada di sekolah yang sama sampai tingkatan 6 atas.


(Buku al-Jarh wa Ta'dil ni beliau tulis semasa saya sedang khusyuk menyiapkan buku pertama saya di bawah Penerbit DMP bertajuk: 'Memahami Hukum Zihar dan Ila'. Buku ni beliau tulis bersama dengan seorang pensyarah dari KUIS)

Dalam saya tak sedar, rupa-rupanya dia dah berjaya menulis 7 buah buku dalam tahun 2008 yang lalu. Itu belum masuk buku-buku sebelumnya. Sebagai seorang penulis saya juga rasa teruja dengan keaktifan sahabat saya ni. Namun apakan daya, komitmen saya berbeza dengannya. Saya hanya berjaya tulis 2 buah buku pada tahun 2008. Tahun ni belum nampak lagi. Namun saya berazam untuk memecahkan rekod 2008 saya, Insya-Allah.

(Antara judul buku yang berjaya dihasilkan oleh beliau)

(Macam biasa buku ni pun dihadiahkan kepada saya oleh beliau sempena kunjungan saya ke rumah beliau pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Sesiapa yang ada masalah kereta kena curi boleh la baca buku ni. Untuk pencuri kereta pun bagus jugak baca buku ni. Mana la tahu boleh insaf dan bertaubat) (Buku ni pula beliau berduet dengan isterinya sendiri. Entah bila la saya nak berduet dengan isteri saya dalam menulis buku ni. Saya dah offer banyak kali dah kat isteri saya. Tapi saya terpaksa akur tanggungjawabnya mengasuh anak-anak saya sangat mencabar. Takpe kita tunggu anak-anak kita besar dulu ye Sayang!.)
Jika anda berminat dengan buku tulisan sahabat saya ni. Anda boleh menghubungi penerbitnya atau beli terus daripada beliau di www.mohdfikri.com/blog untuk lebih keberkatan.

3 comments:

  1. Berdakwah melalui penulisan buku tali hayatnya panjang.
    Semoga anda semua berjaya dalam bidang yang mulia itu.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Wah!! Sayang bini punya pasal, terpaksa postpone tulis buku.. hahahaha.. Anyway, teruskan usaha murni, penulisan ilmiah sebagai tinggalan wakaf yang berkekalan..

    ReplyDelete
  3. memang ana sendiri kagum dgn ustaz fikri ni..
    jiwa penulisannya amat best kata orang..
    daya kreativiti otak pemikirannya pun best..

    sempat bertemu dengannya sempena gath al-fikrah.net, beliau sempat memberi buah tangan tulisan bukunya yg terbaru iaitu amalan sunat hari jumaat & surah al-kahfi..

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus