Friday, June 26, 2009

Hadiah Puisi Dalam Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009


Inilah puisi yang sempat saya gubah dan deklamasikan sebagai selingan penutup dalam pembentangan kertas kerja saya di Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009. Puisi ini tersirat 1001 makna yang mendalam. Dalamnya terkandung harapan menggunung untuk melihat ISTANA BAITULMAL tersergam indah. Istana yang di dalamnya seorang pemerintah Islam yang adil akan bertakhta. Dengan sebuah baitulmal teragung di muka dunia berada di bawah penguasaannya. Seolah-olah sejarah kegemilangan silam akan berulang, jika maksud puisi terzahir kelak. Siapa tahu?

ISTANA BAITULMAL

Di atas pusara Kapitalisme
kubinakan sebuah istana indah
untukmu Baitulmal…


Di sebalik runtuhan tembok Sosialisme
kubinakan sebuah taman Iqtisad
untukmu Baitulmal…

Rela kuhulurkan harta kekayaanku
Rela kulucutkan seragam kepegawaianku
Rela kukorbankan jiwa ragaku
untukmu Baitulmal…

Dan keranamu Baitulmal
akan ku sarungkan jubah kepeguamanku
akan ku bela setiap penderitaanmu
akan ku tuntut ke muka pengadilan
untuk memastikan kau terus bangkit dan mara
di persada dunia
Lantas menabur jasa kepada ummah


Keranamu Baitulmal,
jiwa ini rela bersatu,
Keranamu Baitulmal,
Istana ini kubina untukmu…

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI
24/06/2009; 7.00 ptg
Dideklamasikan Dalam Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009

25/06/2009; 9.15 pg

3 comments:

  1. Salam Ustaz,

    Tahniah atas pembentangan kertas kerja tersebut. PM pun dah bagi komen positif. Cuma, perlu disemak dari sudut perundangan dan dilihat kesesuaian kerana seperti yang kita ketahui Baitulmal adalah entiti di bawah negeri.Apapun, tahniah atas idea dan usaha yang didoakan akan membuahkan hasil. Puisi yang menyentuh perasaan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan moral.Salah satu daripada maksud puisi tu telah saya zahirkan pada hari ini. Cuba amati rangkap ini "rela ku lucutkan seragam kepegawaianku"..... apa yang saya lakukan dalam mesyuarat pengurusan MAIS petang tadi, adalah manefestasi kepada puisi ini. Yang selebihnya akan bermula.... perjuangan yang jauh....dan sukar. Tapi perlu digagahi jua.

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz,

    Relaku lucutkan seragam kepegawaianku.. boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran..Tapi dah penyajak nya sendiri yang tafsirkan, tak leh la kita nak pandai2 tafsirkan yang lain. For me, kalau tak lucutkan seragam kepegawaian, pasti Baitulmal lebih perkasa dengan pegawai macam ustaz. Rasanya, baru kelmarin ustaz berkongsi cerita istikharah untuk masuk MAIS. Apapun, selamat maju jaya. Pilihan di tangan anda. Pasti istikharah sudah dibuat, alamat sudah pun dapat. Perjuangan perlu diteruskan. Jauh atau sukar, dekat atau mudah,perjuangan Islam mesti diteruskan.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus