Tuesday, June 2, 2009

NO WAY TO MURTAD?

Memohon untuk murtad? Memohon kebenaran untuk murtad? Menuntut hak kebebasan beragama dan meninggalkan agama? Memeluk Islam dengan bersyarat? Semua itu slogan yang tidak pernah tercatat dalam kamus Islam. Tiada kebenaran untuk murtad. Itulah jawapan daripada al-Quran. Antara lain firman Allah Taala yang sering disebut setiap kali khutbah Jumaat:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan kekal sebagai orang Islam".


SAYA ULANGI: Janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan kekal sebagai orang Islam. Maka bagaimana seseorang boleh memasang niat akan murtad apabila tidak jadi berkahwin, atau akan murtad apabila bercerai. Jika niat untuk murtad ini ada dalam hati seseorang ketika saat memeluk Islam, maka Islamnya itu tidaklah sah. Ini kerana perbuatan memeluk Islam dengan meletakkan syarat untuk murtad apabila terjadi sesuatu keadaan, dengan sendirinya menafikan keislaman. Sama juga halnya jika seseorang Islam memasang cita-cita untuk murtad pada esok hari, maka ia akan dikira murtad pada hari itu juga (serta merta), dan wajiblah ia bertaubat.

Memandangkan betapa pentingnya membersihkan hati daripada niat atau cita-cita untuk murtad, maka wajarlah setiap muallaf yang hendak memeluk Islam ditanya apakah ia bercita-cita hendak murtad pada suatu hari nanti? Terutamanya jika pemelukan Islam itu disebabkan oleh faktor perkahwinan dan sebagainya. Tanyakanlah kepadanya, jika perkahwinannya gagal adakah dia berniat untuk murtad? Rekodkanlah jawapannya itu supaya dapat dirujuk bagi membuktikan keesahan Islamnya pada saat ia mula memeluk Islam. Janganlah jadi seperti kes Fatimah Tan yang diputuskan bahawa pemelukan Islamnya itu tidak sah. Alangkah sedihnya, daftar muallaf yang diberi pengiktirafan kehakiman, akhirnya terobek. Bukan kerana murtad tapi kerana pengislaman yang tidak sah.

3 comments:

  1. Salam.
    Tiada paksaan di dalam Islam, ini bermaksud keimanan seseorang itu adalah melalui kefahamannya terhadap Islam sehingga seseorang itu percaya dengan yakin tentang kebenaran ajaran Islam dan ingin memeluk Islam, Keislamannya tidak diiktiraf atas sebab-sebab dorongan perkara lain.

    Jika cintanya kepada wanita atau lelaki memdorongnya memeluk Islam sedangkan dirinya tidak percaya dengan yakin terhadap kebenaran Islam dan dalam keadaan demikian seseorang itu memeluk Islam, maka Islamnya hanyalah pada zahirnya sahaja tetapi hakikatnya orang itu belum Islam.

    Islam datang didahului dengan ilmu, iman dan Islam bersamanya juga adalah hidayah dan taufik dari Allah.

    Demikianlah ulasan Pak Ngah bagi memeriahkan lagi laman ini. walaupun topiknya telah jelas dan difahami.

    ReplyDelete
  2. salam Ustaz,

    Saya cadangkan supaya pegawai yang in charge diberikan nasihat yang wajar untuk mengelakkan perkara seumpama ini berlaku.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus