Hari ini satu lagi keputusan penting dalam sistem perundangan negara akan bermula. 16 Jun 2009 telah ditetapkan untuk pendengaran permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ahli keluarga si mati bernama Mohan Singh a/l Janto Singh di Mahkamah Tinggi (Sivil) MT3 Shah Alam. Kes ini dibuat antara lain bagi memohon penentuan status agama si mati yang dipertikaikan sama ada seorang Islam atau sebaliknya.
.
.
Pemohon-pemohon yang merupakan ahli keluarga si mati telah menamakan 6 pihak sebagai Responden termasuklah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Pengarah Kementerian Perubatan Malaysia, Pengarah Hospital Sg. Buloh, Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu Sikh dan Tao.
.
Pemohon dalam pernyataannya antara lain telah mencabar keesahan undang-undang Syariah yang digubal oleh badan Perundangan Negeri Selangor terutamanya seksyen 61(3)(b)(xi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Ini satu lagi cabaran yang dikemukakan terhadap undang-undang Islam di samping cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini dalam kes Abdul Kahar (Rasul Melayu Palsu) dan Lina Joy (Melayu Palsu?)
.
Di sudut lain, sebelum ini pada 4 Jun 2009 satu perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang mengesahkan status si mati sebagai seorang Islam pada masa kematiannya dan mengkehendaki Pengarah Hospital Sg. Buloh agar menyerahkan jenazah si mati kepada MAIS. Perintah tersebut dikeluarkan setelah Yang Arif Hakim berpuas hati dengan keterangan saksi dan dokumentar yang dikemukakan oleh pihak MAIS. Antara pertimbangan yang diberikan adalah sijil akuan masuk Islam Pulau Pinang, qarinah perbuatan si mati yang masih menyimpan sijil akuan masuk Islam dengan baik dan ketiadaan permohonan dibuat oleh si mati semasa hidupnya untuk diisytihar sebagai bukan Islam serta pengakuan yang dibuat oleh si mati kepada salah seorang saksi bahawa dia adalah seorang Islam beberapa hari sebelum kematiannya.
.
Walau bagaimanapun, perintah tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh pihak hospital atas alasan mereka terpaksa akur dengan perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Sivil. Bilakah dan bagaimanakah kemelut perundangan ini akan berakhir? Jawapannya telah lama bermula dan hari ini ia dipersaksikan sekali lagi....
Salam Juraish.
ReplyDeleteDiharap keputusan akan menyebelahi kebenaran.
W.salam. Pak Ngah. mudah-mudahan. Sememangnya janji Allah kebenaran itu akan mengatasi kebatilan.
ReplyDeleteberbahagialah untuk mereka yang menyokong kebenaran.
Salam ustaz,
ReplyDeleteMudah2an semua usaha yang benar beroleh keputusan yang benar. Kes ini sememangnya menyedarkan saya banyak perkara. Membuat kebaikan mencegah kemungkaran dan mempertahan kebenaran bukan suatu perkara yang mudah. Mempertahan bidangkuasa mahkamah syariah, Tenaga yang dikerah, idea yang dicurah, pemikiran yang bercambah, airmata yang tumpah, mudah-mudahan segalanya akan berkesudahan ...Amin