Tuesday, August 18, 2009

Adakah Isteri Yang Menuntut Fasakh Berhak Mendapat Mut'ah?


Entri kali ini kita akan membincangkan hak isteri khususnya dalam isu mut'ah. Pada prinsipnya selalu kita mendengar bahawa isteri berhak mendapat mut'ah jika dia diceraikan tanpa sebab yang patut mengikut hukum Syarak. Justeru apakah isteri yang menuntut fasakh berhak mendapat mut'ah? Jika anda seorang isteri anda tentu akan menjawab YA. Semoga jawapan itu ada benarnya. Namun sebelum itu mari kita amati 6 keadaan isteri yang tidak berhak mendapat muta'ah.


1) Jika isteri bersetuju dalam perjanjian yang dibuat selepas perceraian bahawa dia tidak akan menuntut mut'ah daripada suaminya.


2) Jika isteri telah membuat perceraian secara tebus talaq atau menukarkan hak muta'ahnya sebagai 'iwad atau bayaran bagi tebus talaq.


3) Jika pembubaran perkahwinan disebabkan oleh pernikahan fasid atau batil yang tidak sah.


4) Jika isteri diceraikan sebelum disetubuhi tetapi telah dibayar kepadanya maskahwin (1/2 mahar muthamma)


5) Jika perceraian berpunca daripada isteri kerana isteri murtad, enggan memeluk Islam, isteri bertukar menjadi mahram suami akibat susuan atau wati' syubhah.


6) Jika perceraian disebabkan oleh kematian suami atau anggapan kematian (mafqud).


Selain itu, terdapat juga pandangan yang menyatakan isteri tidak berhak mendapat mut'ah jika dia menuntut fasakh walaupun atas alasan keaiban daripada pihak suami. Berdasarkan pandangan ini, jika fasakh yang dituntut oleh isteri itu dibuat atas alasan suami tidak memberi nafkah, dia juga tidak layak mendapat mut'ah. Akan tetapi apakah kesannya jika pandangan ini terus diamalkan dan diterima pakai? Adakah ia satu ketetapan atau pendekatan yang dapat menjamin keadilan terhadap isteri?


Ayuh kita bincangkan di sini....

7 comments:

  1. Salam.

    Tolong baca entri saya.

    http://longtambang.blogspot.com/2009/08/adakah-aku-ahli-syurga.html

    Saya ada surat bukti dari LHDN menuntut bayaran riba secara paksaan.

    Ada kes syariah "mencetus dan memaksa Riba"?

    ReplyDelete
  2. Wassalam ya akhi Zaidi. alangkah baiknya kalau mahkamah syariah ada bidangkuasa mengenai transaksi muamalat. Namun buat masa sekarang tiada peruntukan menyatakan kesalahan menerima riba'atau berurusan dengannya. semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menegakkan agamanya walaupun orang-orang kafir membencinya.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Semoga Allah berikan kita hidayah untuk terus pertahankan Perjanjian al-Quran walaupun orang-orang kafir dan munafiqun membencinya. Terima kasih di atas penjelasan.

    ReplyDelete
  4. Ya Shaikh! ambik je kes tu bagi saya kalau bukan sebab aib isteri kenapa dia terhalang dari menerima mut'ah.

    Kita cakap pasal aib, aib hanya terhad kepada 3 dari suami dan 3 dari isteri, so kalau fasakh bukan sebab aib seperti suami pukul isteri, dan sebab yang lain dalam peruntukan seksyen 53 enakmen keluarga selangor, maka boleh lah ia menuntut.

    Wallahuaklam

    AbuRazeen

    ReplyDelete
  5. Assalam.
    Saya masih belum faham mengenai adakah isteri yang menuntut fasakh dari seorang suami layak menuntut mutaah? Kes fasakh telah berlanjutan selama lebih dari 10 tahun di Mahkamah dan memang telah mengaibkan suami.
    Mudah2an dapat membantu.

    ReplyDelete
  6. Wassalam. Setakat kajian yg saya buat..isteri yg menuntut fasakh walaupun atas alasan keaiban suami dia tidak berhak lagi menuntut mutaah.. Mungkin ada pandangan lain yg perlu dikaji

    ReplyDelete
  7. Assalam
    Maaf saya ingin bertanya
    1. Isteri yang memohon penceraian. layak kah beliau mendapat hak sepencarian?
    2. Boleh kah bekas isteri menuntut rumah sepencarian yang masih dalam hutang?
    3. Boleh kah bekas isteri menuntut rumah pusaka keluarga (Nama bekas suami) sebagai harta sepencarian?
    Terima kasih.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus