Tuesday, August 11, 2009

ISTERI NUSYUZ: Apa tindakan suami? Terapi Anti-Nusyuz!

Beberapa hari ini, saya kerap dirujuk mengenai persoalan isteri nusyuz. Para suami kerap mengadu isteri mereka telah nusyuz. Aduan ini pada dasarnya belum dapat mensabitkan kenusyuzan isteri, namun ia sudah cukup untuk mensabitkan kepincangan dalam kaedah suami mengurus rumahtangga. Saya tidak menyalahkan para suami (termasuklah diri saya) sepenuhnya. Namun tidak dapat dinafikan, kenusyuzan isteri sedikit sebanyak turut berpunca daripada sikap suami.

Memang lumrah kehidupan, ada hamba yang taat ada hamba yang derhaka. Begitu juga lumrah rumahtangga ada isteri yang taat, ada pula yang tidak taat, itulah isteri nusyuz. Tidak ketinggalan adakalanya suami juga ada yang berlaku nusyuz terhadap isteri tanpa mereka sedari. Pasti ada yang tidak kena, bila isteri berlaku nusyuz. Syaitan sudah tentu tak henti-henti menjadi batu api yang mencetuskan keretakan dalam rumahtangga. Namun syaitan tidak wajar dipersalahkan kerana syaitan sudah sememangnya sentiasa salah. Justeru jangan buang masa menyalahkan syaitan.

Apakah yang harus dilakukan jika isteri mula berlaku nusyuz? Adakah suami perlu terlebih dahulu melakukan tiga (3) tindakan tersusun menurut perspektif al-Quran? Atau suami boleh terus sahaja memfailkan permohonan sabitan nusyuz di Mahkamah Syariah untuk menggugurkan hak isteri terhadap nafkah lantaran bimbang nanti isteri akan failkan tuntutan fasakh? Atau suami boleh sahaja terus menceraikan isterinya?

Pendekatan yang terbaik dalam menyelesaikan isu nusyuz perlulah berpandukan al-Quran yang telah menyediakan tindakan pencegahan sejak peringkat pra-nusyuz lagi. Di peringkat pra-nusyuz suami disuruh memberikan nasihat yang lemah lembut dan berhikmah kepada isteri. Jika nasihat lemah lembut ini tidak berkesan, perlulah nasihat semula disampaikan dengan cara yang lebih tegas dan profesional. Untuk tujuan kehakiman, di peringkat ini suami perlu membuktikan nasihat telah diberi kepada isteri sama ada melalui surat bertulis yang ditujukan kepada isteri dan dibuktikan penerimaannya, atau melalui saksi yang mendengar nasihat tersebut disampaikan secara lisan. Sebagai alternatif, pihak suami boleh mengupah peguam syarie untuk mengemukakan surat kepada isteri agar kembali taat. Mungkin juga 'ayat-ayat cinta' daripada Peguam Syarie mampu merawat penyakit nusyuz isteri.

Seterusnya jika isteri masih enggan taat, bolehlah suami meninggalkan isterinya di tempat tidur. Berpandukan al-Quran, memang boleh. Namun apa pula halnya jika memang suami isteri sudah lama tinggal berasingan. Sudah tentu langkah ini tidak praktikal lagi. Justeru adakah boleh suami terus melakukan tindakan terakhir dengan memukul isteri? Jangan! Isteri tidak suka dipukul walaupun ia dibenarkan oleh Syarak. Melainkan suami seorang 'pemukul' yang profesional, silakanlah. (Yang ni kena belajar cara 'memukul' isteri yang nusyuz secara profesional) Memukul isteri yang nusyuz secara tidak profesional sama seperti mengundang isteri ke majlis perceraian. Jika suami tidak mahu menempa risiko ke jalan perceraian, jangan mencari padah. Silap-silap suami boleh masuk penjara gara-gara memukul isteri. Jangan main-main.

Jadi apa yang harus dilakukan lagi? Adakah suami dah boleh failkan kes sabitan nusyuz? Sabar dulu! Jangan nak cepat sangat. Bangga sangat ke memiliki isteri yang nusyuz? Apa kata kita guna cara psikologi pulak. Cari punca isteri nusyuz, dan lakukan terapi anti-nusyuz. Macammana nak lakukannya? Insya-Allah, jika berkesempatan kita akan bincangkannya lagi.


11 comments:

  1. Sebenarnya tak boleh bagi tahu kaedah terapi anti-nusyuz ni. nanti kalau isteri tu tahu, tak menjadi le... he, he, he... Yang ni khas untuk para suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaiku!,

      Tolong beritahu terapi anti-nusyuz melalui e_mail saya boleh?

      ara63087@hotmail.com

      TK.

      Delete
  2. Salam Juraish.
    Betul juga . kalau dah tau buahnya, tentu juga tahu mengelaknya.he3.
    Sudah mula kehidupan baru ke?

    ReplyDelete
  3. Wassalam. Pak Ngah. Kehidupan baru, baru bermula.Dugaan sudah tentu ada... sabar dan syukur senjata utama. Taqwa, jujur, amanah, doa, solat, sedekah, istighfar, usaha, tawakal dan segala yang mahmudah tak boleh dilupa. Bila berdikari dan berusaha sendiri, kita boleh berada lebih dekat dengan Allah tanpa dihalangi sesiapa. Tapi kalau tersalah jalan, kita juga boleh menjadi lebih jauh daripada Allah. Wal'iyazubillah.

    ReplyDelete
  4. Salam Juraish.
    Pak Ngah doakan sekali lagi semoga kehidupan dan lembaran baru akan terus maju dan diberkati Allah.amin

    ReplyDelete
  5. nusyuz!jika isteri telah diceraikan,dan selepas itu baru dia sedar akan dia nusyuz.dia telah memohon maaf dan telah dimaafkan.adakah dia layak untuk bersama kembali bersama bekas suaminya itu.@ lebih baik putuskan saja dan adakah suaminya ada menyimpan dendam?

    ReplyDelete
  6. saya telah diceraikan.dan selepas bercerai saya menceritakan pada ex bahawa saya mempunyai hubungan luar dgn lelaki lain.sekadar seorang kawan rapat yg mengetahui mslh rumah tgga saya.dan kini dia menyalahkan saya punca rmh tgga runtuh dan meyatakan saya seorng isteri yg nusyuz!adakah saya nusyuz?

    ReplyDelete
  7. salam..
    saya sarina. saya musykil dgn keadaan rmhtangga saya skrg. sekian lama saya pendamkan semakin menderita perasaan saya. saya sudah xde hati dgn suami saya. perasaan saya terhadapnya telah hilang gara2 sikap die yang suka memaksa dalam semua aspek. tidak menghormati kehendak saya dlm hubungan intim, dia juga cuai menunaikan tggungjwb nye dalam pengurusan rumah tangga (nafkah zahir) dari awal perkahwinan lagi. ini adalah kerana slama ini saya bergaji besar, keperluan rmh saya yang sediakan. suami saya tidak ade usaha untuk memperbaiki taraf khdpn kami.sampai satu masa, saya telah berhenti kerja dan mula berniaga di klang, agak jauh dari rmh kami di rawang. suami mengizinkan saya bermalam dirumah rakan niaga saya. sementara saya tidak bekerja, suami meminjam motor saya kerana die telah menjual motornya. skrg, saya telah mendapat kerja semula, tetapi berniaga selepas waktu pejabat, saya meminta motor saya dan minta suami meminjam motor kepunyaan adiknya. apabila saya meminta motor saya, suami amat marah dan menghantar pelbagai sms. ada yang mengatakan die sudah tawar hati dan ada juga sms yang berbunyi "..ginilah syg, saya rasa baik kita bepisah saja. saya ni xde kualiti yang syg nak.saya akan usahakan untuk mengganti sume duit syg. lepas tu kita berpisah sajalah. syg carilah lelaki yang kaya raya." masalah berterusan bila suami telah mengasingkan barang2 kepunyaan saya dalam rmh itu disatu bilik.. dan suami telah membawa pakaiannya entah kemana dan tidak pulang kerumah. saya telah menghubungi dan menghantar sms, bertanya die kemana. suami tidak membalasnya. skrg macam mana kedudukan saya. saya sudah enggan hdp dgn suami lagi. saya sudah tidak ade perasaan kasih atau sayang terhadapnya.. walau saya cuba untuk membaikinya namun gagal. boleh kah saya mengangkat keluar barang2 yang telah suami asingkan tadi.. dan bagaimana untuk saya mohon untuk bercerai. apa yang perlu saya buat. sekian terima kasih

    ReplyDelete
  8. salam alaik ustaz
    ustaz pernah ngajar di Sekolah Men Al Amin kan?

    ReplyDelete
  9. Salam, bekas pelajar. Naam. Ya, saya dulu pernah mengajar di al-Amin Gombak beberapa bulan je. Agaknya dah jadi ape sekarang bekas pelajar ni?

    ReplyDelete
  10. Assalamualikum Tn. Juraish,

    Saya ada beberapa kemuskilan terhadap hak suami & ayah. Sebelum bertanya solan itu saya terpaksa menceritakan latar belakang masalah saya dahulu.

    Kami adalah pasangan bahagia yang mempuyai sepasang ank diantara umur 4 thn & 21/2 thn.Kami sebelum ini tidak mempuyai masalah yg besar, tidak dinafikan memang ada berlaku pentekaran biasa maklumlah suami & isteri.

    Pada 5/6 yang lepas isteri saya telah beangkat ke jeddah untuk bekerja, pemergian beliau memang telah diizini dan dibenarkan oleh saya. Tujuan utama adalah kerana kewangan da juga harapan beliau untuk melakukan ibadah disana. Sebelum pemergian beliau, beliau mencadangkan supaya saya meyambung pelajaran saya & juga menjaga kedua2 ank saya.

    pada hari permergian beliau, Ibubapanya telah tiba seminggu lebih awal, tujuan nya untuk menghantar dan megambil ank2 saya selama 2 minggu bagi tujuan cuti sekolah dan untuk saya menyediakan kemudahan , seperti mencari rmh jagaan dan sekolah.

    Tetapi setelah mereka mengambilnya, ibubapa beliau tidak membenarkan saya bercakap, berjumpa malah saya telah dihalau seperti anjing oleh mereka semasa saya dtg ingin melihat dan mengambil mereka.

    Pada mulanya semasa beliau disana saya dapat menghubungi beliau, dan beliau sebenarnya telah merancang tanpa pengetahuan saya utk ank2 itu dibela oleh ibubapanya. Alasanya utk mereka belajar agama. Utk pengetahuan saudara, saya ada meyediakan kelas ugama kepada ank saya yg pertama (berumur 4 thn) di sekolahnya.

    selepas itu isteri saya terus membisu dan tidak dpt saya hubungi, walau pun saya cuba menghubungi beliau di hospital mereka disana.

    Soalan saya:
    1. Bolehkah ibubapa\nya menculik ank saya dan tidak membenarkan saya berjumpa dgn mereka?
    2. Apakah hak2 saya sebagai sorg suami & bapa kandung?
    3. adakah isteri saya sekarang ini sudah nusyuz? bapa mertua saya ada menyatakan yg mereka akan mengfailkan penceraian setelah isteri saya pulang selepas 6 bln disana.
    4. mengapa undang2 islam tidak membenarkan bapa menjaga ank2nya sendiri? sedangkan saya yg membesarkan mereka daripada kecil. utk pengetahuan saudara, isteri sy sentiasa terlibat dgn krusus/kerjaya sehingga semua hal2 ank memang di jaga oleh saya.
    5. apakah yg perlu saya lakukan? sudah hampir 2 bulan saya tidak dpt berjumpa dgn mereka. sehingga saya sekarang telah dibuang kerja kerana tidak dpt memberikan tumpuan.

    Saudara boleh menghubungi saya di
    019-3378623 atau email saya di
    hafiszee76@yahoo.com

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus