Monday, August 24, 2009

LAPORAN AKHIR: Kajian Kes Murtad Negeri Selangor

Entri kali ini saya hendak kongsikan kesibukan kami ahli penyelidik analisa kajian kes murtad Negeri Selangor dalam menyediakan laporan akhir untuk dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Selangor. Kajian ini dibuat terhadap kes-kes yang melibatkan isu murtad yang difailkan sama ada di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Mahkamah Sivil, Jabatan Mufti Selangor (rundingcara akidah) dan Majlis Agama Islam Selangor dari tahun 2003 hingga 2008.

Kajian ini adalah ditaja oleh Majlis Agama Islam Selangor dengan geran penyelidikan sebanyak RM35,000. Ia dimulakan pada pertengahan tahun 2008 yang melibatkan kerjasama daripada pakar akademik daripada UIAM dan UiTM serta pengamal undang-undang daripada MAIS sendiri. Ahli penyelidik yang dilantik adalah seramai 8 orang. Ketua penyelidik dalam projek ini adalah Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dari UiTM. Penyertaan saya sebagai ahli penyelidik dibuat atas tiket pengamal undang-undang Syariah / Peguam Syarie yang mengendalikan kes murtad sebagai wakil MAIS di Mahkamah Syariah.

Dalam kajian ini, saya ditugaskan untuk melakukan analisa terhadap profil kes murtad bersama dengan ahli kumpulan yang lain. Kumpulan saya ini diketuai oleh bekas pensyarah saya ketika mengambil Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) di UIAM, iaitu Datin Paduka Prof. Zaleha Kamaruddin. Manakala kumpulan satu lagi yang diketuai oleh Ketua Penyelidik sendiri akan melaksanakan kajian perundangan berhubung isu murtad.

Dalam analisa yang kami lakukan, terdapat 14 variable (pembolehubah) yang disentuh iaitu kategori defendan yang disaman dalam kes pengisytiharan murtad di mahkamah, bangsa pemohon, agama asal, jantina, status perkahwinan, umur, cara pengislaman, tempat memeluk Islam, tempoh memeluk Islam, tujuan memeluk Islam, tahap bimbingan Islam, tahun fail kes, perwakilan peguam dan sebab murtad. Setiap data yang diperolehi daripada semua kategori pembolehubah akan dianalisa pula secara kualitatif bagi memahami senario kes murtad secara lebih mendalam.

Hasilnya kami mendapati beberapa dapatan yang sangat menarik perhatian. Insya-Allah ia akan dimaklumkan di sini setelah ia dimuktamadkan oleh semua ahli penyelidik dalam masa terdekat. Apapun kita bedoa kepada Allah Taala agar kita semua dikekalkan iman dan ditingkatkan darjat ketaqwaan supaya kita terus tetap berpegang dengan kalimah "LA ILAHA ILLA ALLAH" hingga akhir hayat. Sekian dulu. "Selamat berpuasa". Kullu am wa antum bil khair.

7 comments:

  1. memang menggerunkan kes-kes murtad kalau tak ditangani dengan segera

    ReplyDelete
  2. memang betul syeikh. Tapi kat selangor setakat ni belum ada orang yang diisytihar murtad,kecuali orang dah mati, ada le 2@3 orang. Kat negeri enta dah ada Siti Fatimah Tan, landmark kes pulak tu... he, he, gerun, gerun...

    ReplyDelete
  3. Salam Juraish

    Bila nak bawak kes lagi?

    ReplyDelete
  4. hehehehe... disebabkan kes fatimah Tan lah berduyun-duyun permohonan pengesahan murtad.. ana pun dok tepis2 ja...... matlamat tidak menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr.Juraish.
    Pak Ngah baca dan telah mendapat maklumatnya, insya Allah akan baca lagi.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sdr Juraish
    Mohon izin singgah. Paparan-paparan sdra amat besar manfaatnya kepada para muslimin. Melalui blog ini saya berpeluang mengetahui karya-karya baru yang bernilai tinggi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. salam,
    satu usaha yang bagus.
    boleh juga lawati blog saya roy-nadzri.blogspot.com. ada juga kes murtad yang saya sisipkan.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus