Saturday, February 7, 2009

Keputusan Pertandingan Cipta Slogan Kutuk Israel


Dukacitanya dimaklumkan bahawa tiada peserta yang layak dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi pertandingan di atas yang berlangsung sepanjang Januari 2009. Ini kerana kebanyakan penyertaan dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan oleh penganjur.


Sehubungan dengan itu hadiah wang terkumpul sebanyak RM350.00 akan disumbangkan oleh penaja ke tabung bantuan kemanusiaan untuk GAZA yang akan disampaikan kepada Islamic Relief Malaysia dalam masa terdekat. Semoga penduduk Islam di GAZA akan mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut.


Sekian daripada Darul Minhaj Publisher, http://www.darulminhaj.blogspot.com/

3 comments:

  1. Salam Ustaz,

    Tahniah atas usaha yang baik. Saya akan tetap kutuk Israel walau tak menang.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Sdr.Juraih,
    Sebenarnya saya terbaca iklan Pertandingan kutuk Israel ini tetapi saya tidak jumpa entrinya. Boleh jadi berada terlalu ke bawah saya roll tidak sampai ke situ dan menyangka tiada. Lama kemudian barulah saya jumpa entri iaitu setelah saya masuk beberapa kali, saya ingatkan blog ini belum siap betul pada ketika itu.

    Kalau muat untuk buat tiga ruang akan lebih cantik.
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas ulasan dan cadangan.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus