Tuesday, September 8, 2009

09-09-09 Hari Lahir Ke-33, Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10


Entri kali ini teringin rasanya berkongsi mengenai tarikh penting dalam hidup saya seperti tarikh lahir dan tarikh ulang tahun perkahwinan. Saya agak bertuah pada tahun ini kerana pada esok hari 09-09-09 adalah merupakan hari lahir saya yang ke-33. Hari yang sama juga adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-10 bersama isteri tercinta Hafiza Ayobee Sellahuddin Ayobee. Tahun ini debarannya lebih terasa lantaran kami sedang menunggu kelahiran cahaya mata keenam kami yang akan dilahirkan ke dunia pada bila-bila masa di bulan Ramadhan ini. Harapnya kalau dapat kami berdoa biarlah esok juga anak keenam kami dilahirkan. Maka semakin meriahlah tanggal 9 September setiap tahun. Kami semua telah bersedia untuk menantikan kehadirannya.

Qais Tajul Muhtajj, Qaim Tammul Minhaj dan Qaid Faqihul Hukkam adalah barisan anak lelaki kami, penyambung perjuangan ke jalan Allah. Nur Fahwa Fitnina dan Nur Fahwa Qistina pula adalah barisan puteri kami. Kali ini harapnya biarlah puteri juga. Walau apapun itu semua kehendak Allah. Akan kami terima dengan redha. Cepat la lahir duhai anak, janganlah engkau keluar masa kami nak beraya... he, he... Sekian dulu coretan kali ini. Wassalam.

7 comments:

  1. Salam Sdr.Juraish.

    Tahniah dan syabas, nampaknya semakin makmur dan berkat.
    Pak Ngah doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan beres dengan baik.Insya Allah Taala.amin

    ReplyDelete
  2. عيد ميلاد سعيد
    selamat ulangtahun perkahwinan

    بارك الله لكم

    ReplyDelete
  3. Ya. Akhie buah yang gugur tidak boleh ditahan tahan inikan pulak anak, biarlah dia nak kuar bila-bila masa pun, seronoknye, ketiga-tiga anak saya lahir antara bulan 1 dan 2 so sejak kawin isteri saya dapat puasa 3 tahun penuh.

    saya pun lahir dalam bulan ramadhan, sebab tu nama saya ridz... a.k.a aburazeen

    satu lagi kalau tersembullah anak tu pada pagi syawal sebelum solat hariraya maka wajiblah dizakat fitrahkan ia. heheheh dah 7 ye, jauh nek kejor nih.

    baik anta lewat-lewatkan pembayaran manalah tahu subuh 1 syawal keluarnya boleh bayar sekali, awal pun bagus jugak boleh faqir miskin dapat rasa duit enta buat beraya.

    ramadhaan kariem

    ReplyDelete
  4. Tahniah ustaz...moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga perkahwinan ustaz kekal hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  5. cayalah... semoga beroleh keberkatan di bulan mulia ini... amin!

    ReplyDelete
  6. Wassalam.terima kasih semua atas ucapan yang baik di bulan yang baik. saya dan isteri saya pun lahir pada bulan ramadhan.Zakat fitrah memang saya belum bayar lagi. nak tunggu yang ni keluar baru le bayar sekali.

    ReplyDelete
  7. Salam Ustaz,

    Wah-wah-wah. mabruk! Mabruk! Seronok baca entry ni.. tapi kami kat MAIS tak berapa seronok, sebab tak ada lagi orang 'berani' ganti tempat ustaz.. huhuhu..

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus