Entri kali ini teringin rasanya berkongsi mengenai tarikh penting dalam hidup saya seperti tarikh lahir dan tarikh ulang tahun perkahwinan. Saya agak bertuah pada tahun ini kerana pada esok hari 09-09-09 adalah merupakan hari lahir saya yang ke-33. Hari yang sama juga adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-10 bersama isteri tercinta Hafiza Ayobee Sellahuddin Ayobee. Tahun ini debarannya lebih terasa lantaran kami sedang menunggu kelahiran cahaya mata keenam kami yang akan dilahirkan ke dunia pada bila-bila masa di bulan Ramadhan ini. Harapnya kalau dapat kami berdoa biarlah esok juga anak keenam kami dilahirkan. Maka semakin meriahlah tanggal 9 September setiap tahun. Kami semua telah bersedia untuk menantikan kehadirannya.
Qais Tajul Muhtajj, Qaim Tammul Minhaj dan Qaid Faqihul Hukkam adalah barisan anak lelaki kami, penyambung perjuangan ke jalan Allah. Nur Fahwa Fitnina dan Nur Fahwa Qistina pula adalah barisan puteri kami. Kali ini harapnya biarlah puteri juga. Walau apapun itu semua kehendak Allah. Akan kami terima dengan redha. Cepat la lahir duhai anak, janganlah engkau keluar masa kami nak beraya... he, he... Sekian dulu coretan kali ini. Wassalam.
Salam Sdr.Juraish.
ReplyDeleteTahniah dan syabas, nampaknya semakin makmur dan berkat.
Pak Ngah doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan beres dengan baik.Insya Allah Taala.amin
عيد ميلاد سعيد
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan
بارك الله لكم
Ya. Akhie buah yang gugur tidak boleh ditahan tahan inikan pulak anak, biarlah dia nak kuar bila-bila masa pun, seronoknye, ketiga-tiga anak saya lahir antara bulan 1 dan 2 so sejak kawin isteri saya dapat puasa 3 tahun penuh.
ReplyDeletesaya pun lahir dalam bulan ramadhan, sebab tu nama saya ridz... a.k.a aburazeen
satu lagi kalau tersembullah anak tu pada pagi syawal sebelum solat hariraya maka wajiblah dizakat fitrahkan ia. heheheh dah 7 ye, jauh nek kejor nih.
baik anta lewat-lewatkan pembayaran manalah tahu subuh 1 syawal keluarnya boleh bayar sekali, awal pun bagus jugak boleh faqir miskin dapat rasa duit enta buat beraya.
ramadhaan kariem
Tahniah ustaz...moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga perkahwinan ustaz kekal hingga ke akhir hayat..
ReplyDeletecayalah... semoga beroleh keberkatan di bulan mulia ini... amin!
ReplyDeleteWassalam.terima kasih semua atas ucapan yang baik di bulan yang baik. saya dan isteri saya pun lahir pada bulan ramadhan.Zakat fitrah memang saya belum bayar lagi. nak tunggu yang ni keluar baru le bayar sekali.
ReplyDeleteSalam Ustaz,
ReplyDeleteWah-wah-wah. mabruk! Mabruk! Seronok baca entry ni.. tapi kami kat MAIS tak berapa seronok, sebab tak ada lagi orang 'berani' ganti tempat ustaz.. huhuhu..