Tuesday, January 5, 2010

Siapa ALLAH YANG MAHA ESA Tuhan Sekelian Alam?


Dalam entri ini saya ingin mengulas berkaitan isu penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sivil (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh seorang hakim bukan Islam baru-baru ini. Mungkin saya agak terlewat mengulas. Ini kerana saya ingin melihat dahulu apakah reaksi pihak majoriti, terutama pihak Kerajaan yang berkuasa tidak kira sama ada ia kerajaan politik atau kerajaan agama (Majlis Agama Islam). Jika saya diberi pilihan untuk memilih pendekatan mana yang hendak diguna pakai di Malaysia, maka sudah tentu saya akan memilih untuk melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah dalam perbahasan, penulisan atau penerbitan bagi memperihalkan agama mereka.

Walau apapun keadaannya, ungkapan 'ALLAH' tidak boleh digunakan bagi memperihalkan mengenai berhala atau sembahan orang bukan Islam yang bertentangan dengan matlamat TAUHID. Namun ini tidak bermakna orang bukan Islam tidak boleh menyebut kalimah ALLAH. Mereka boleh dan bebas menyebut kalimah ALLAH jika ia merujuk kepada Tuhan Sekalian Alam yang diimani dan dipercayai oleh penganut Islam.

Sama-samalah kita berusaha agar dakwah Islam dapat sampai kepada orang bukan Islam. Kita sebagai umat Islam harus bangkit bersatu, memperkuat akidah dan mempertahankan kesucian Islam serta membersihkan ajaran Islam daripada unsur-unsur yang boleh mengelirukan. Jangan biarkan orang bukan Islam menyampaikan doktrin mereka tentang perihal ketuhanan ALLAH mengikut kepercayaan sesat mereka. Kita hendaklah mencari peluang dakwah dalam perkara ini. Ini adalah peluang terbaik untuk kita mendakwahkan kepada seluruh manusia tentang siapakah ALLAH yang disebut-sebut itu.

Akhirnya kita harus akur bahawa hanya ALLAH yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki. Beruntunglah mereka yang mendapat petunjuk dan mengenal ALLAH Tuhan Sekalian Alam, Yang Esa, Yang Hak, Yang Menciptakan Seluruh Alam ini...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ya sheikh!, ana dah surf, mungkin kena surf lagi dan untuk setakat hari ni pandangan 2 kupang ana begini: Penggunaan perkataan "Allah" telahpun digunakan oleh non Muslim sejak sebelum wahyu diturunkan lagi buktinya sila lihat Az-Zukhruf:87 dan 88 disertakan maknanya sekali. "Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!"

    Jadi hujah penggunaan perkataan itu oleh Non Muslim telahpun dibuktikan oleh Al-Quran sendiri, namun biarpun dibuktikan boleh digunakan, Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi perlembagaan, boleh mengenakan garis panduan yang ketat berhubung penggunaannya.

    Pemerintah boleh untuk tidak membenarkan langsung atau membenarkan dengan bersyarat, disini kaedah 'sad zaraik' (mencegah) digunakan, sekiranya dibenarkan dan berlaku huru-hara dalam negara sehingga diamalkan luar dari konteks aman dan damai barulah, kuasa membatalkan digunakan sepertimana diperuntukkan dalam perlembagaan. Sehingga keputusan mahkamah dibuat, Hakim masih belum nampak atau jumpa sebab kenapa kalimat itu tidak boleh digunakan. (Lepas ni dia jumpa kot).

    Mungkin ada yang berhujah, kalau di negara Arab kalimah itu bebas digunakan oleh agama lain. Kita boleh menjawab, negara Arab berbeza kondisinya dari Malaysia dari segi bahasa, aqidah, toleransi, kefahaman agama dan lain-lain, sebab tu di malaysia kita tak boleh ambil model lain.

    Namun sekiranya dibenarkan sekalipun, masih ada ruang untuk berdakwah walaupun sudut ini amat sempit semasa suasana umat Islam dalam keadaan lemah.

    ReplyDelete
  3. ALLAH, Tuhan Yang Maha Besar!
    Salam Sdr. Juraish...soalan sdr hanya dapat dijawab dgn "yakini hak" seperti ajaran Rasulullah (s.a.w.) melalui "penghayatan" al-Quran dan sunnah.

    1. Satu...wujud tunggal, sentiasa memulai,sentiasa diatas, sentiasa dihadapan, sentiasa sebelum.
    2. Satu...satu Zat kandungi segala yang infiniti.
    3. Satu...Maha BerHak atas Maha Segala.
    -----------------------------------------
    Garisan di atas ialah sempadan antara DIA dan makhluk (Tuhan dan hamba). Tempat-NYA di Arasy (tahap tinggi). Alam Makhluk di tahap rendah.

    Makhluk tidak berhak melepasi sempadan garisan tanpa urusan. Malaikat saja yang selalu melepasi garisan atas urusan dengan Tuhan.

    Yang Tuhan suka: mendahulukan, membesarkan, memuji-muji namaNYA, berserah, bersyukur, bertaubat menangis. Cuba lihat, semua ibadah yang Nabi ajar semuanya mula dengan Nama Allah..lepas tu baru diikuti makhluk. Bismillah sebelum bacaan. Letak Bismillah di atas sekali. Azan pun dimulai dengan Allah..takbir..bacaan dlm setiap rukun solat...niat pun..syahadah pun...qunut. Dengan isyarat pun: tegak jari telunjuk menunjukkan "satu" ketika ALLAH disebut, turun jari sewaktu nama Rasulullah disebut...dengan nada pun. Nama Sdr pun disebut selepas namaNYA dibesarkan pada baris pertama.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus