Wednesday, February 24, 2010

Hijrah Ke Acara Baru Dalam Menyambut Maulidur Rasul


Hari ini jam 9.37 malam, setelah berusia hampir 34 tahun, rupanya baru saya sedar bahawa saya tidak pernah menyertai perarakan Maulidul Rasul. Pelik juga memikirkannya. Bukankah saya telah diberi peluang berbuat demikian sejak di bangku sekolah, alam menara gading, pentas perguruan swasta, arena perkhidmatan awam dan atas kapasiti anggota masyarakat sendiri? Saya masih ingat beberapa tahun lalu (ketika dalam perkhidmatan awam) saya telah diberikan sepasang baju Melayu untuk menyertai perarakan Maulidul Rasul. Namun dengan takdir Allah, kaki saya tidak sampai ke lokasi yang dijadualkan. La Haula Wa La Quwata Illa Billah. Anehnya, anak saya yang ketika itu bersekolah Tadika Islam dengan jayanya dapat menyertai perarakan Maulidul Rasul yang dianjurkan oleh sekolahnya.


Saban tahun acara perarakan ini tidak diluputkan dalam menyambut Maulidul Rasul. Namun saya terfikir adakah acara itu masih sesuai dengan kita yang telah mencecah usia dewasa dalam mengenal Rasulullah atau hanya sesuai untuk anak-anak sekolah yang baru mula mengenal Rasulullah? Adakah sepanduk Maulidul Rasul itu hanya berhak dipamerkan oleh kita pada tanggal 12 Rabiulawal untuk beberapa jam sahaja? Mengapa tidak sepanduk itu ditukarkan ke bentuk iklan bill board raksasa yang dipaparkan di merata tempat satu Malaysia, 365 hari setahun? Atau ditukarkan ke bentuk iklan bergerak satu Malaysia pada kenderaan awam (bas, teksi dll) kenderaan jabatan agama, van jenazah atau kenderaan persendirian supaya satu Malaysia dapat melihatnya? Mengapa bendera “Kami Sayang Rasulullah” tidak dikibarkan pada kenderaan kita sepanjang bulan Maulid ini seperti mana jalur Gemilang dikibarkan pada bulan kemerdekaan? Saya percaya untuk membuktikan kecintaan kepada Baginda Rasulullah itu semua lebih patut dilakukan bahkan ada banyak lagi yang perlu dilakukan.


Apa kata kalau kita merintis beberapa acara baru dalam Maulidul Rasul kali ini. Biarkanlah anak-anak sekolah kita meneruskan acara perarakan mereka. Tapi kita yang telah disahkan jawatan sebagai khalifah Allah dan Rasulullah, patutlah memikul tugas lain yang lebih besar. Bukan lagi sekadar berarak seperti anak-anak kita. Kita jadikan tanggal 12 Rabiul Awal sebagai permulaan kepada episod baru dalam menghayati Syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Kalau kita benar-benar cintakan Rasulullah, lakukanlah acara ini pada setiap kali sambutan Maulidul Rasul:


1- ACARA OPS SELAWAT: Tiada lagu, tiada nasyid, tiada hiburan di mana-mana kecuali Selawat Ke Atas Rasul. Dengan itu kita akan mendapat pahala berlipat ganda dan syafaat Baginda di Akhirat. Berpuluh-puluh jenis selawat telah tersaji, pilihlah yang mana suka untuk dialunkan, didendangkan, dikasidahkan, dideklamasikan menjadi nasyid, lagu, sajak, puisi dan apa saja yang menghiburkan. Ciptalah selawat baru untuk Rasulullah yang dicintai. Buatlah pertandingan supaya ada sambutan. Buktikanlah anda seorang komposer yang handal dalam mencipta Selawat demi Selawat, bukan sekadar handal dalam mencipta lagu jiwang berkarat. Ingatlah pesan khatib di atas mimbar Jumaat…


2- ACARA OPS AURAT: Tiada pakaian, tiada fesyen di mana-mana melainkan yang menutup aurat dan menghampiri sunnah Rasulullah. Para muslimah jangan lupa labuhkan lagi tudungmu lebih dari hari biasa (jika sebelum ini tudungmu tak cukup labuh). Para Muslim jangan lupa menjubah atau menyerbankan dirimu walaupun sejenak di salah satu dari 5 waktu dalam saf solat di surau, masjid atau rumah sendiri. Para pereka fesyen, serlahkan dirimu dengan ciptaan busana Muslim untuk dipakai pada hari Maulid.


3- ACARA OPS MAKSIAT: Tiada maksiat, tiada lagha. Semua kelab malam, pub, disko dan rumah perjudian walaupun berlesen wajib ditutup setidak-tidaknya 24 jam dari terbenam matahari maghrib 12 Rabiul Awal hingga terbenam matahari berikutnya. Orang bukan Islam apatah lagi orang Islam patut menghormati acara ini dan menahan diri dari melakukan maksiat setidak-tidaknya untuk 24 jam setahun. Masjid dan surau dibuka 24 jam dan diisi penuh dengan program 24 jam.


4- ACARA LAFAZKAN AYAT CINTAMU PADA RASULULLAH: Bagi menambah atau menggantikan acara berarak membawa sepanduk, kibarkan bendera “I luv Muhammad Rasulullah” atau seumpamanya atau tampalkan sticker atau sepanduk di setiap kenderaan, rumah, premis, masjid, laman web atau blog dan biarkan ia terus berkibar atau terpampang sepanjang masa hingga tiba 12 Rabiul Awal yang akan datang lalu ditukarkan dengan yang baru. Syarikat berasaskan Syariah patutlah berlumba-lumba memasang atau menyewa bill board bagi memaparkan iklan/ mesej cinta kepada Rasulullah. Kad ucapan Maulidul Rasul dikirimkan dan salam tahniah untuk umat Muhammad perlu dipaparkan dalam akbar yang boleh ditaja oleh mana-mana pihak yang terlalu cintakan Rasulullah dan umatnya.


5- ACARA HALAQAH QURAN: Baca al-quran pada 12 Rabiul Awal lebih daripada biasa. Siarkan bacaan al-Quran dicorong radio atau kaca TV atau melalui pembesar suara di masjid lebih lama dan diikuti dengan terjemahan dan tafsirnya.


6- ACARA HALAQAH HADITH: Pengajian di surau atau masjid hendaklah dipanjangkan masanya atau di’grand’kan lebih daripada biasa. Hendaklah juga ada dalam pengisiannya topik pengajian sekurang-kurangnya satu hadith sahih berserta syarah terhadap sanad dan matan yang lengkap dan apikasi hadith tersebut dalam kehidupan moden.


7- ACARA GIATKAN INFAK: Para dermawan, bersedekahlah pada 12 Rabiul Awal lebih daripada biasa.Hasil kutipan antaranya hendaklah digunakan untuk diagihkan kepada anggota masyarakat setempat yang memerlukan (miskin, anak yatim dll) dengan serta-merta pada tanggal 12 Rabiul Awal itu juga atau sebelum berakhir bulan Rabiul Awal. Tingkatkan kebajikan di bulan ini melalui zakat, wakaf, hibah, qard hasan dan seumpamanya.


8- ACARA DAKWAHKAN ISLAM: Muallaf yang memeluk Islam dengan ikhlas pada 12 Rabiul Awal di hadapan pendaftar muallaf yang ditauliahkan patutlah diberikan insentif zakat dengan serta merta dan lebih daripada muallaf biasa. Perlu diberikan liputan media kepada muallaf yang memeluk Islam pada 12 Rabiul Awal.


9- ACARA PRAKTIKKAN SYARIAH: Yang paling menyayat hati, kalau boleh, jika kebetulan ada pesalah jenayah Syariah yang hendak disebat (relevan dengan isu semasa) maka sebatlah mereka secara berkelompok pada 12 Rabiul Awal ini sama ada di penjara (dengan disiarkan secara langsung melalui media elektronik) atau sebaik-baiknya dilaksanakan dalam perkarangan masjid yang terhampir dengan penjara.


10- Lain-lain acara yang difikirkan sesuai dan bermanfaat untuk agama Islam.


Wallahu A'lam.

3 comments:

  1. Syeikh...

    Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

    Good points.

    Kadang2 memang terasa sepatutnya kita ubah setiap tahun cara menyambutnya... sbb acara2 sedia ada itu kian klasik dan mungkin membosankan, adakalanya mengalih perhatian kita daripada apa yang lebih penting (aula) untuk didahulukan. Contoh: Yang patut didahulukan adalah ajaran Rasulullah, tetapi didahulukan baju seragam dan gegantung atau banner.

    Wallahu a'lam.

    Saya kira sebagai umat Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menyayangi Baginda, eloklah cadangan-cadangan yang baik ini tidak terpapar di blog sahaja, usahlah segan dan silu mengemukakannya kepada pihak2 berwajib. Contohnya emailkan sahaja kepada KP JAKIM dan Pengarah JAIN2, salinkan kepada Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama Islam), PM dan TPM... Saudara boleh juga nyatakan dalam posting saudara bahawa apa yang ditulis di dalam posting itu "telah di'e-mel'kan kepada pihak-pihak berkenaan".

    Saya percaya dan yakin dengan cadangan-cadangan yang berhikmah, membina dan dengan niat yang ikhlas, pintu hidayah akan terbuka dan kita akan diberikan 'jalan' oleh-Nya insya Allah. Siapa yang tidak mahukan perubahan dan idea-idea yang segar, bukan?

    Sebelum ini, kita tidak pernah membayangkan bahawa rotan akan 'sampai' kepada pesalah jenayah syariah. Tetapi kini sudah 'sampai'. Sekurang-kurangnya sudah sampai. Selepas ini, sudah tentu kita berusaha untuk menyempurnakan pelaksanaannya, bukan?

    Alhamdulillah orang-orang terdahulu dari kita telah meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, yakni agama bagi negara (walaupun tidak meletakkan al-Quran sebagai Perlembagaan). Ia adalah satu permulaan yang sangat baik, kerana tiada lagi negara di dunia ini yang meletakkan Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan mereka (setakat pengetahuan saya). Semoga Allah SWT merahmati mereka.

    Ini kerana apabila mereka meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan maka semua perkara yang berkaitan Islam (aqidah, syariah dan akhlak) dan sumber-sumbernya (al-Quran, Sunnah, Ijma' Qiyas dll) adalah terangkum.

    Benar, semuanya belum sempurna dilaksanakan. Tetapi kita berusaha dan terus berusaha. Teringat saya pada pesanan kata-kata hikmah HAMKA:

    "Marilah kita bekerja, beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri. Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki. Dan jangan berniat supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada zaman kita juga.

    Sekadar berkongsi.
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz,

    Mengapa tak cadang dari dulu?

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr.Juraish.

    Pak Ngah sangat setuju.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus