Tuesday, January 6, 2009

CADANGAN TERGEMPAR STRATEGI 6 JAHANAM (Anti Israel): Tindakan Drastik Dari Sudut Kewangan



PERHATIAN: Penulis asal tidak membenarkan bahagian ini diterjemahkan ke dalam semua bahasa dunia demi membendung reaksi negatif daripada pemuja dollar. Cadangan ini hanya untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan sejagat.


Penulis terpaksa mendahulukan cadangan tindakan drastik dari sudut kewangan ini sebelum perbahasan lengkap dibuat mengenai strategi pertama dari sudut Ekonomi. Ini kerana bimbang kesuntukan masa penulis untuk membincangkannya dengan lebih mendalam, masalah ketidakupayaan membuat kajian lanjut dan rujukan kepada pakar-pakar kewangan Islam sedangkan Israel semakin mengganas, sedangkan Amerika semakin membisu.

Demi menamatkan keangkuhan sistem kewangan kapitalis, Yahudi dan Amerika yang bertopengkan wang atas nama dollar, maka berikut ini dicadangkan tindakan drastik yang perlu dilakukan. Semoga ia dapat membantu kestabilan ekonomi dan keamanan sejagat. Tetapi anda perlu ingat ini adalah strategi 6 Jahanam yang turut boleh menjahanamkan kita jika kita tersilap perhitungan.


1) Pulangkan Dollar Kepada Amerika dengan membeli barangan Amerika di pasaran Amerika menggunakan Dolar tunai yang kita Ada.


Kita sedia maklum Dollar dikatakan bernilai oleh penciptanya iaitu Amerika. Jadi sekaranglah masanya kita pulangkan semula kesemua dollar tunai kepada Amerika dengan membeli semua barangan teknologi dan komoditi Amerika dengan dollar tunai yang kita ada. Sebaik-baiknya beli barangan komoditi Amerika dengan Dolar tunai di pasaran Amerika terlebih dahulu, supaya Amerika akan kekurangan komoditi di pasarannya. Akhirnya kita akan memiliki teknologi canggih dan komoditi berharga. Sebaliknya Amerika hanya memiliki dolarnya yang bakal menjadi kertas tidak bernilai. (Sila maklumkan jika langkah ini menimbulkan impak negatif kepada ringgit dan ekonomi Malaysia)

2) Bawa masuk semua ringgit daripada Amerika, jangan biarkan Amerika memiliki walaupun seringgit kerana ringgit adalah kuasa kita. Tetapi bukan dengan cara pertukaran komoditi. Maksudnya jangan mengekspot barangan kita kepada Amerika untuk mendapatkan ringgit kita semula. Sebaliknya jika perlu, beli ringgit tunai dengan dollar tunai yang kita ada jika nilai ringgit meningkat (selagi Amerika mengiktiraf dolarnya). Tetapi ini bukan keutamaan. Merebut komoditi adalah lebih utama daripada merebut dollar, mahupun ringgit. Jangan jual barangan kita kepada amerika untuk mendapatkan ringgit tunai mahupun dollar kerana dollar hanyalah sekeping kertas.


3) Pastikan Amerika tidak terlibat dalam mencetak ringgit Malaysia (jika berkenaan) kerana ringgit adalah kuasa kita. Jika tidak mereka akan mencetak lebih banyak ringgit dan menggunakannya untuk membeli kuasa kita dan kita akan tertipu. Jalan paling selamat hanya membeli barang amerika dengan dollar tunai sedia ada. Ini adalah keutamaan berbanding mendapatkan semula ringgit kita.


4) Jangan membeli Dolar yang baru dengan menukarkan Ringgit atau komoditi kita. Kita tidak perlu mendapatkan kertas dollar daripada amerika dengan memberi kepada mereka komoditi kita atau wang kita yang berharga. Ingat dollar hanyalah sekeping kertas yang harus kita gunakan untuk mendapatkan barangan, bukan memberikan barangan kita untuk mendapatkan dollar. Ingat jangan membeli barangan amerika dengan Ringgit kita sama ada secara tunai mahupun secara kredit.


5) Semua Majlis Agama Islam Negeri dianjurkan mengadakan Skim Mewakafkan Dolar Sedia Ada. Wang dollar wakaf ini akan disumbangkan untuk memberi bantuan kepada Palestin. Tidak digalakkan membeli dollar tunai yang baru melainkan jika nilai ringgit lebih kukuh. (maksud kukuh di sisi saya apabila RM1.00 menyamai USD1.01 ATAU USD1.00 menyamai RM0.99)


6) Elakkan memberi bantuan kepada Palestin dalam bentuk dollar kecuali dalam keadaan khas. Ini akan menguntungkan Amerika apabila dollar digunakan oleh pasaran dunia (ini berbeza dengan menggunakan dollar di pasaran Amerika sendiri). Sebaliknya gunakan dollar tunai yang berjaya dikumpulkan ini untuk membeli makanan, ubat-ubatan dsb terlebih dahulu kemudian baru kita menghantarnya kepada palestin. Ini agak rumit kerana memasukkan barang mesti dibuat secara fizikal (dan berbahaya) berbanding memasukkan wang yang boleh dibuat secara maya. Namun jika kita memasukkan wang, siapa yang dapat menjamin wang dollar itu dapat dimanfaatkan oleh palestin kerana akaun bank mungkin akan disekat dan keadaan ekonomi di sana tidak menentu. Walau apa cara pun kita perlu menghantar bantuan kepada palestin secara fizikal.


7) Beli kelengkapan ketenteraan daripada Negara dunia dengan menukarkan komoditi yang kita ada atau dengan dollar amerika yang kita ada secara tunai (bukan hutang). Kita perlu komoditi lebih banyak untuk mendapatkan teknologi daripada negara maju. Jadi seluruh Rakyat malaysia mesti meningkatkan produktiviti berkerja di lapangan sebenar bukan berkerja untuk mendapatkan wang kerana wang hanyalah kertas. Hasilkan lebih banyak minyak sawit, getah, petroleum dan logam berharga yang lain. Wang Wakaf Dolar Tunai mungkin dapat digunakan untuk tujuan memberi kelengkapan persenjataan secara tunai melalui cara yang sah.


8) Jangan membuat kredit hutang dalam bentuk dollar kerana credit hutang dalam bentuk dollar akan menjadikan dollar mempunyai nilai hadapan. Tamatkan nilai dollar serta merta. Gunakan dollar secara one-off atau pakai buang. Pastikan anda tidak menyimpan dollar tunai dalam dompet anda atau bank anda lagi. Saya cuma menyimpan 1 dolar di dalam dompet saya sebagai kenang-kenangan.


-Inilah jadinya bila orang yang tak mahir tentang ekonomi kapitalis berpendapat mengikut logik akal. Tapi kita hanya mahukan keamanan dan keadilan untuk dunia dan kita tidak berniat menzalimi sesiapa. (bersambung)



No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus