Friday, January 2, 2009

Keharusan Mengutuk Kekejaman Israel Dengan Tangan, Lidah dan Hati.



Keganasan melampau rejim Israel terhadap rakyat Palestin sudah tidak dapat lagi diluahkan dengan kata-kata melainkan dengan kata-kata kutukan dan penghinaan. Umat Islam tidak harus berdiam diri melihat penindasan dan kekejaman angkara zionis ini terus berlaku. Malah setiap umat Islam wajib melontarkan apa sahaja tindak balas yang termampu untuk menunjukkan bantahan dan kebencian mereka terhadap kezaliman Israel. Bagi umat Islam yang tidak mampu menggunakan kuasa atau mengangkat senjata, maka cukuplah dengan melontarkan kata-kata kutukan terhadap Israel dengan harapan supaya kekejaman Yahudi itu dapat dihentikan.

Kewajipan menegah kemungkaran dan kezaliman ini selari dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Barang siapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menegahnya dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka hendaklah menegahnya dengan lidahnya. Dan jika masih tidak mampu maka hendaklah dia menegahnya dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

Daripada hadith di atas memanglah keutamaan menggunakan tangan didahulukan dalam menegah kemungkaran, seperti menggunakan kuasa politik, undang-undang atau mengangkat senjata. Namun jika kuasa politik, undang-undang dan senjata yang ada tidak mampu menegah kemungkaran tersebut, kita dianjurkan menegahnya dengan perkataan secara lisan baik berupa nasihat atau kecaman.


Pertandingan mencipta slogan mengutuk kekejaman Israel yang dianjurkan oleh mana-mana pihak bolehlah dikategorikan sebagai satu usaha menggunakan perkataan bagi menghentikan kemungkaran. Bahkan jika dilihat terdapat juga peranan tangan dalam usaha menegah kemungkaran itu kerana perkataan yang terhasil itu ditulis menggunakan tangan. Apa yang pasti setiap kutukan yang anda lemparkan terhadap kekejaman Israel telah melayakkan anda digelar sebagai pemenang di sisi Allah sekiranya kutukan itu dibuat atas landasan iman kepadaNya.

Semoga slogan kutukan yang tuan/ puan lontarkan terhadap Israel untuk menghentikan kezaliman Yahudi dan menegakkan keadilan Islam akan mendapat ganjaran yang lebih bermakna di sisi Allah. Amin.


Jadi apa tunggu lagi. Luahkan kutukan dan kecaman anda terhadap kezaliman Israel sekarang....

2 comments:

  1. Tentera Israel Tentera Paling Degil. Jangan Sampai Maut Memangil, Diserang Burung Ababil.

    ReplyDelete
  2. Syabas Ustaz
    Teruskan usaha!! Kecam Israel, padam Israel!! Nyahlah, musnahlah, punahlah dari muka bumi!!

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus