Israel dan sekutu kuatnya Amerika telah ternyata bersekongkol dalam melakukan keganasan sejagat. Topeng manusia yang dipakai mereka tidak dapat lagi menyembunyikan wajah syaitan mereka yang sebenar. Keangkuhan Israel terbukti lagi buat kesekian kalinya apabila ketetapan PBB untuk memulakan gencatan senjata di Gaza dilanggar oleh mereka dengan selambanya. Keangkuhan mereka membunuh para Nabi dan Rasul sebelum ini pun masih belum terampun dosanya. Inikan pula dosa membunuh manusia biasa yang sudah tentu dipandang enteng oleh mereka. Itulah manifestasi kepada kezaliman tokoh Ya’juj dan Ma’juj di akhir zaman.
Sebagai tindak balas terhadap keganasan dan keadaan darurat yang dicetuskan oleh Israel laknatullah, kita umat Islam perlulah melakukan sesuatu dan tidak sewajarnya berdiam diri. Para pejuang Hamas telah menunjukkan reaksi mereka dalam medan tempur. Para pemimpin politik, pelajar, mahasiswa dan masyarakat dunia pula telah pun menunjukkan suara hati mereka dengan pelbagai cara. Tidak cukup dengan itu, para ulama dan tokoh Islam juga haruslah tampil secara berasingan dalam medan ilmu dan fatwa mereka. Suntikan fatwa ini sangat diperlukan bagi membolehkan umat Islam melakukan sesuatu yang luar biasa yang adakalanya lebih berpengaruh daripada kuasa politik.
Dalam keadaan darurat seperti ini undang-undang antarabangsa yang melarang cetak rompak tidak lagi boleh dipertahankan. Sebaliknya undang-undang darurat yang berlandaskan Syariat Islam bagi memelihara Daruriyyah Yang Lima perlulah diaplikasikan serta merta. Fatwa ketika darurat ini amat perlu demi memelihara kesucian agama, nyawa, akal, harta benda dan keturunan. Berlandaskan kaedah fiqhiyyah ad-darurah tubihu al-mahzurah, fatwa dalam menghalalkan bahkan mewajibkan cetak rompak produk Amerika dan Israel mungkin antara suatu yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian umat Islam yang kehausan idea untuk menghancurkan kekejaman rejim Yahudi itu. Mungkin fatwa sedemikian perlu dikuatkuasakan serta merta sehinggalah rejim Yahudi kembali akur dengan ketetapan antarabangsa.
Inilah masa paling sesuai untuk umat Islam mengambil peluang melipat gandakan inisiatif mereka dalam bidang teknologi. Bermula dengan mencetak rompak produk Amerika, akhirnya mereka akan dapat mempelajari dan mencipta teknologi tersendiri yang jauh lebih hebat. Dalam kesibukan Amerika dan Israel menghabiskan peluru mereka di bumi Gaza, mungkin ada baiknya kita umat Islam secara diam-diam berusaha melakukan persiapan (walaupun atas dasar cetak rompak) bagi menaikkan semula imej Islam di mata dunia, dengan tidak melupakan TAQWA sebagai persiapan terbaik.

No comments:
Post a Comment