Monday, January 5, 2009

STRATEGI 6 JAHANAM Hancurkan Kekejaman Yahudi: 1) Ubah Sistem Ekonomi kepada Ekonomi Tanpa WANG



AMARAN: Penulis asal tulisan ini tidak membenarkan tulisan ini diterjemah ke dalam apa-apa bahasa lain kecuali dengan kebenaran khas secara bertulis daripada penulis (juraish@yahoo.com). Ini penting supaya mesej yang disampaikan sukar disabotaj oleh pihak yang anti keamanan. Biarlah kita menjadi orang pertama memahami perkara ini dan biarkan mereka tidak mengetahuinya. Biarkan mereka hanya mengetahui perkara ini setelah ia terlaksana. Penulis membenarkan tulisan ini disebarkan dalam bahasa asal (B. Melayu) sahaja walaupun tanpa menyebutkan sumber asalnya.

HURAIAN AWAL:



Bagi kebanyakan orang, mungkin ini adalah strategi yang paling tak masuk akal. Walau apapun, sejarah silam telah membuktikan ia adalah sesuatu yang masuk akal. Adakah kita dan nenek moyang terdahulu hidup dengan memakan WANG? Tahukah anda bahawa wang adalah ciptaan manusia dan ia tidak akan dapat menggantikan keperluan utama manusia terhadap oksigen, air dan makanan apatah lagi nyawa. Ini adalah sunnah alam yang ditetapkan oleh Pencipta Alam Semesta.


Sumber makanan bagi manusia sebenarnya telah disediakan oleh Allah secara PERCUMA. Air dari langit atau sungai adalah percuma. Oksigen adalah percuma. Tanaman, bijirin, sayuran, buah-buahan dan ternakan dari kebun dan ladang sebenarnya adalah percuma. Kita tidak perlu membayar atau membaja pokok tanaman dengan wang atau memberi makan ternakan kita dengan WANG. Tetapi pokoklah yang memberikan kita wang kerana kita menebang pokok untuk membuat kertas dan wang.


Namun bagi orang yang jahil dan malas, semuanya tidak lagi percuma tetapi mereka terpaksa membayar dengan WANG. Bagi orang yang bijak tetapi rakus menggunakan sumber alam yang percuma, semua itu adalah WANG untuk poketnya. Justeru tepatlah jika dikatakan, wang itu antara lainnya diciptakan untuk melindungi poket orang yang rakus tetapi malas, tetapi bijak.


Tahap kemalasan yang teragung adalah apabila ada orang yang hidupnya hanya menunggu wang atau memerintahkan wangnya berkerja untuk mendapatkan wang atau lebih bijak daripada itu kerjanya ialah mencetak wang untuk diri sendiri. Jadi siapakah sebenarnya yang bekerja di luar sana untuk mendapatkan makanannya? Siapakah sebenarnya yang menjadi ‘hamba abdi’ atau ‘makhluk ghaib’ yang berkerja untuknya? Beras yang kita makan hari ini, kita sendirikah yang menanamnya? Atau kita tanamnya dengan wang? Siapakah yang telah kita ‘adbikan’ untuk menanam beras yang sebenarnya? Tidakkah kita berasa terhutang budi kepada manusia lain dan rasa wajib berzakat untuk membantu mereka dan menyucikan rezeki kita.


Bagi sesetengah orang yang RAJIN (tapi tidak begitu bijak), mereka akan bermati-matian berkerja mendapatkan wang, hingga ada yang sanggup mencuri, meragut dan merompak demi wang. Manakala bagi sesetengah orang yang MALAS (tetapi agak bijak), mereka bersenang-lenang goyang kaki dengan hanya mencetak WANG (kerja siapa ni?) atau menunggu WANG (contohnya makan gaji buta, makan rasuah, makan riba’, hasil judi, hasil pelaburan haram, meratah penat lelah orang lain, mengambil kesempatan terhadap masalah orang lain, tak nak bayar zakat dll).

Kenapa suka sangat dengan WANG? Adakah wang boleh menjamin anda tidak mati? Jika anda suka wang, wang apa yang paling anda suka? Dollar, Riyal, Rupiah atau Ringgit? Kenapa anda tidak berkerja di Amerika untuk mendapatkan Dollar yang ditakdirkan lebih mahal daripada ringgit. Kenapa wang berbeza-beza nama dan berbeza pula nilainya? Ini tidak adil. Kenapa tidak berikan kepada saya sekeping 1000 US Dollar yang anda miliki dengan sekeping RM1 atau tukarkan RM1000 dengan 1 Rupiah, sedangkan ia hanyalah kertas atau logam yang tidak boleh dimakan? Siapakah yang memberikan nilai kepada wang dan menentukan nilai wang sama ada tinggi atau rendah? Pasaran? Siapakah pula tuan punya yang memonopoli pasaran?
Mahukah pemilik pasaran bersetuju jika kita memakai hanya satu mata wang tunggal dengan satu nilai rata di seluruh dunia? Kalau mahu, saya setuju. Tapi saya hendak memilih Ringgit sebagai mata wang tunggal. Tentu Amerika pula tidak setuju. Kalau begitu, kita buat mata wang baru. Adil dan saksama!

Kalau betulpun kita setuju cetak wang baru, pasti akan kedengaran juga orang-orang berkata: “Kalau diberi pilihan saya nak pilih kerja sebagai tukang cetak wang, atau gabenor bank yang berkuasa mencetak wang, atau penganalisis nilai wang atau apa-apa sahaja kerja berkaitan dengan wang. Tentu tuan-tuan tak setuju sebab takut saya curi wang, cetak wang berlebihan atau menipu nilai wang. Kalau macam tu siapa nak ambik kerja-kerja itu? Tak kan kita nak serahkan semua kerja itu kepada robot dan komputer tanpa campur tangan manusia. Bagilah saya apa-apa kerja pun dalam jurusan wang asalkan saya tak disuruh kerja tanam padi atau tangkap ikan. Nanti kalau tak ada makanan saya telan je wang tu sampai kenyang. Kali ni mesti tuan setuju kan sebab tuan tak sanggup nak telan wang macam saya. Kalau tuan setuju, tuan kena jadi nelayan dan petani. Saya janji akan beli ikan dan beras tuan-tuan dengan wang gaji saya. Cakaplah berapa je harganya saya sanggup bayar.”

Setelah itu sudah pasti ada juga tukang cetak wang yang berkata dalam hati: “Bodohnya petani tu aku bagi dia kertas, dia bagi aku beras”. Kata petani pulak dalam hati: “Bodohnya tukang cetak wang ni, sekali aku tak jadi jual beras , mati kebulur la dia”.

Jadi pada fikiran anda siapakah yang berada di kedudukan selamat sekarang. Pencetak wang atau petani? Saya jawab petani, sebab kalau nilai wang jatuh dia masih boleh makan dan dia boleh jual beras untuk mendapat lebih banyak wang, lantaran wang telah turun nilai. Nanti apabila nilai mata wang telah stabil, petani akan jadi orang kaya. Kalau nilai mata wang terlalu tinggi pula, petani tak perlulah jual berasnya. Akhirnya tukang buat wang dan pemuja wang pasti akan mengalah demi sesuap nasi. Beruntungnya menjadi petani. Tak ada wang pun masih boleh hidup. Ruginya tukang buat wang, tak siapa nak terima pembelian daripadanya.

Tapi realitinya kenapa ramai petani rasa tak selamat dan tak beruntung? Saya jawab sebab WANG, tukang cetak wang dan penentu nilai wang. Jadi tukang cetak dan pemonopoli wang perlu diinsafkan dan diberi pengajaran.

Wang adalah jaminan dan kepercayaan. Saya percaya ada di kalangan anda selalu tidak menggunakan wang tunai pun untuk membeli barang. Anda menggunakan kepercayaan atas sekeping kad yang kononnya mempunyai kuasa seperti wang. Tetapi mengapa tidak semua orang boleh memiliki kepercayan atau kad seperti itu? Jawapannya lagi sekali ialah kerana perbezaan tahap kepercayaan dan kemampuan menyumbang kepada produktiviti. Jika seseorang tidak dipercayai kejujurannya dalam membayar hutang atau diragui kerajinannya dalam menghasilkan produktiviti, maka dia tidak layak mendapat kuasa beli, sama ada dizahirkan dalam bentuk wang, kad kredit, hutang dll.

Kenapa kita perlu ubah kepada Ekonomi tanpa WANG? Jawapannya kerana kita tidak makan wang. Jawapan lainnya kerana wang berpaksikan Dollar dan Dollar berasaskan Amerika, Amerika berpaksikan Yahudi. Yahudi berpaksikan kejahatan sejagat. Formulanya mudah: Tiada wang, tiada Dollar. Tiada dollar, tiada Amerika. Tiada Amerika, tiada Yahudi.

Jadi bagaimana kita hendak membangunkan ekonomi Negara kita atau negara umat Islam jika tidak berasaskan WANG? Adakah kita kena kembali kepada gaya hidup kuno dan zaman batu dengan sistem barter? Adakah semua orang kena berusaha gigih untuk mendapatkan mata pencarian? Adakah tidak ada peluang lagi bagi orang yang bijak dan rajin untuk mengambil untung dalam muamalat atau menjadi lebih kaya daripada orang lain? Adakah soalan lain lagi yang hendak ditanya? Eh, tersilap pulak. (Bersambung…)

(Cubalah tuan-tuan sama-sama fikirkan dahulu jawapannya.)

1 comment:

  1. Tuan-tuan cuba fikirkan. Sekarang Amerika menghadapi keadaan ekonomi yang merudum. Tetapi tiba-tiba harga minyak mentah yang dikeluarkan oleh negara Islam hanya dapat dibeli dengan USD40. Kalau saya sebagai pemilik dolar amerika saya suka keadaan ini berlaku kerana saya boleh beli lebih banyak minyak dengan sedikit dolar. Nanti apabila stok minyak saya sudah penuh dan melimpah ruah, saya akan isytiharkan inflasi atau kenaikan harga minyak. masa tu saya boleh jual minyak dengan USD200 setong. Justeru pemilik dolar mestilah sentiasa bijak mengurus sumber kekayaan dunia. Kita hanya perlu lihat dan fikir. Tetapi tak perlu bertindak.

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus