Thursday, January 15, 2009

Serangan Balas Terhadap Israel & Amerika Melalui Cetak Rompak: Apa Kewajarannya?



'PIRATING IS A WEAPON TO RE-ATTACK'. Mungkin itulah slogan yang mudah difahami untuk membayangkan maksud posting ini. Dalam posting yang lalu saya telah mengemukakan pandangan mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh ulama' menerusi institusi fatwa dalam mengubah hukum cetak rompak produk Amerika dan Israel kepada harus atau wajib. Namun hasil maklum balas yang diterima daripada beberapa laman web mendapati perkara ini masih belum dapat diterima dengan baik.

Sebahagian individu masih mempertahankan hukum asal bahawa mencuri harta intelek adalah haram. Saya tidak menafikan hukum asal tersebut. Cuma dalam hal ini saya tidak melontarkan pandangan atas landasan hukum asal atau al-azimah. Bahkan pandangan itu dilontarkan atas dasar rukhsah, darurat, menolak mafsadah yang lebih besar dan membalas kezaliman dengan cara yang paling ringan.

Tujuan sebenar saya di sebalik idea menghalalkan cetak rompak produk Amerika dan Israel pada masa sekarang (bukan untuk selama-lamanya) bukanlah untuk menggalakkan aktiviti cetak rompak, walaupun hakikatnya ia sudahpun berlaku. Sebaliknya ia bertujuan untuk sengaja mencuit emosi pemimpin Amerika dan Israel di samping menggugat kedudukan ekonomi dan teknologi mereka dengan serangan cetak rompak.

Apabila mereka mengetahui bahawa ulama’ Islam telah menghalalkan produk mereka dicetak rompak sebagai reaksi bantahan terhadap kezaliman mereka membunuh rakyat Palestin, tentu emosi mereka akan tercuit dan berasa bimbang. Akhirnya mereka pasti akan lebih prihatin dan mendengar suara bantahan kita.

Sememangnya harta intelek diiktiraf dalam Islam sebagai harta yang dilindungi daripada sebarang pencerobohan. Begitu juga terdapat fatwa, Ijmak moden dan triti antarabangsa yang memerlukan kita akur dengan larangan mencetak rompak. Namun tidakkah kita sedar bahawa Amerika dan Israel sedang melanggar ketetapan antarabangsa dan ketetapan Syarak. Mereka telah dan sedang merampas nyawa umat Islam, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa di Palestin tanpa mempedulikan desakan gencatan senjata oleh PBB.

Ironinya, suara-suara yang membantah cetak rompak produk Amerika dan Israel tidak sedar bahawa mereka itu seolah-oleh sedang membela hak harta intelek Yahudi. Mereka terlupa hak umat Islam yang sedang diperkosa itulah yang lebih patut diperjuangkan. Kita umat Islam bukannya suka sangat hendak meniru Barat. Akan tetapi jika ada kebaikan di sebalik teknologi mereka, apa salahnya kita tiru asalkan ada usaha untuk mencipta yang lebih baik dan bukan sekadar meniru bulat-bulat.

Apa yang kita cuba lakukan dengan idea mencetak rompak ini bukanlah satu kezaliman terhadap Amerika dan Israel. Ia adalah tindakan membalas kezaliman yang dilakukan oleh Amerika dan Israel terhadap Palestin. Al-Quran telah memberi kebenaran kepada kita untuk membalas kezaliman mereka dengan cara yang sama. Namun hakikatnya serangan kita terhadap Amerika dan Israel melalui aktiviti cetak rompak amat jauh untuk menyamai serangan mereka terhadap umat Islam dengan senjata pemusnah yang meranapkan harta benda dan nyawa. Justeru sama-samalah kita fikirkan hak siapakah yang patut dibela pada masa sekarang?

No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus