KEMUSYKILAN DARI SALAH SEORANG PEMBACA
Salam,
Ust, saya ada satu kemusykilan berkenaan Zihar. Saya sudah membeli dan membaca buku nukilan ust yang bertajuk memahami hukum zihar dan ila. W/bagaimanapun saya masih kurang faham tentang beberapa perkara. Mohon jasa baik ust beri pandangan.
Ust, ketika sedang berbual dengan ibu, bapa dan adik perempuan saya, bapa saya telah bergurau dengan mengatakan yang punggung adik perempuan saya besar. Saya tertawa dan secara spontan mengatakan " nasib baik rita (isteri saya) punya (punggung) kecil lagi". (pada waktu ini, isteri saya tidak ada bersama kami). Selepas itu, saya merasa was-was adakah sudah jatuh zihar?
Mengikut pada buku ust, ada beberapa komponen asas dalam sighah zihar. Berdasarkan kepada statement saya " nasib baik rita punya kecil lagi" tiada komponen huruf tasybih dalam pengucapan saya dan pengucapan saya hanya secara general. Oleh itu, saya berasa confuse sama ada jatuh hukum atau tidak.
Lagi satu, adakah perbandingan iaitu besar & kecil, gemuk & kurus dan sebagainya boleh jatuh zihar?
Harap ust dapat berikan pandangan berdasarkan situasi yang saya terangkan tadi.
Wassalam, terima kasih
JAWAPAN

Waalaikumussalam.
Terima kasih atas pembelian buku tersebut.
Pertamanya suka saya menasihatkan bahawa perkara berkaitan aurat dan anggota sulit ni jangan selalu dibawa bergurau kerana adakalanya kita tak sedar dan takut terlajak kata dan silap gaya boleh mencetuskan hukum zihar yang berat. Untuk berhati-hati lebih baik perkara sedemikian dijauhi.
Dalam kes saudara nampaknya tidaklah perlu dibimbangkan. Pada pandangan saya hukum zihar tidak berlaku dalam masalah ini kerana:
1) Dalam ungkapan anda huruf tasybih tidak disebut secara nyata. Namun tidak semestinya tanpa huruf tasybih, penyamaan tidak dapat berlaku. Mengikut kaedah bahasa, huruf tasybih boleh dikhazafkan (dibuang) jika maksudnya sudah difahami. Contohnya ungkapan, “punggungmu adalah punggung ibuku” atau “punggungmu punggung ibuku”. Walaupun huruf tasybih tidak disebutkan, maksud penyamaan masih dapat difahami. Sebenarnya dalam ungkapan anda masih terdapat unsur tasybih secara tidak nyata. Walau bagaimanapun masih terdapat unsur lain yang lebih perlu diberi perhatian.
2) Maksud penyamaan yang difahami dalam ungkapan anda adalah dalam bentuk negatif atau penafian. Anda seolah-olah hendak mengatakan punggung isteri anda tidak sama dengan punggung adik perempuan anda dari segi besar atau kecilnya. Hal ini menyebabkan zihar tidak dapat berlaku. Zihar hanya berlaku dalam bentuk penyamaan isbat. Zihar tidak berlaku dalam bentuk penyamaan nafi. Namun pada pandangan saya pengucapan tersebut walaupun tidak dikatakan zihar, ia tetap tidak memberikan apa-apa faedah dan masih disifatkan sebagai ucapan yang lagha dan perlu dielakkan.
Kalaulah anda terlanjur mengatakan sebagai contoh: "Rita punya (punggung) pun sama jugak (sama besarnya dengan punggung mahram)", maka ia lebih berbahaya dan mungkin boleh mencetuskan hukum zihar. Namun saya berharap perkara ini tidak berlaku.
Soalan seterusnya mengenai perbandingan besar atau kecil. Jika ia melibatkan perbandingan mengenai anggota aurat atau istimta' seperti menyamakan saiz buah dada isteri dengan saiz buah dada mahram, maka hukumnya sama seperti menyamakannya dengan anggota istimta' dan boleh membawa kepada hukum zihar. Justeru lebih baik ungkapan seperti itu dielakkan. Tapi kalau sekadar menyamakan saiz bra isteri sama dengan saiz bra mahram (untuk tujuan memberitahu saiz yang betul sebelum membeli sesuatu bra) , maka tidaklah berlaku zihar kerana yang disamakan adalah bra (baju dalam) sahaja.
Terima kasih atas soalan saudara. Jika diizinkan soalan ini akan saya siarkan di blog saya untuk tatapan umum dengan menyembunyikan identiti saudara. Semoga orang lain juga mendapat manfaat daripada soalan saudara.
Sekian. Wassalam.

"ada susu x dik...?macam payudara tok je xde susu."saya bergurau dgn anak berusia 2 bulan.ebelum ni sya xtahu tentang zihar.adakah jatuh zihar dan andai jatuh hukum zihar,bagaimana saya perlu buat?untuk pengetahuan,saya bekerja menggunakan tenaga yang banyak dan agak berat untuk saya berpuasa 2 bulan berturut2.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz,
ReplyDeletesaya ada membaca buku berkenaan dengan zihar yg ditulis oleh ustaz kerana saya ingin mencari jawapan berkenaannya.Namun saya masih belum memahaminya adakah jatuh hukum zihar keatas saya ataupun tidak.Perkataan saya dengan isteri berlaku secara spontan ketika kami berbicara tentang arwah nenek saya.Saya katakan bahawa saya pernah terlihat kemaluan nenek ketika beliau sakit, isteri saya jawab mesti abang terfikir oh macam ni,dengan spontan saya jawab ah sama macam awak punya...jatuhkah hukum zihar ustaz? saya ada bertanya dengan pihak jawi dan beberapa ustaz ada menyatakan tidak jatuh kerana saya tiada niat. Kerana zihar akan berlaku jika suami mahu mengharamkan isteri sama seperti mahramnya..saya harap dapat penjelasan dari ustaz dari masalah yg. dihadapi ini.
apakah hukum suami menunjuk dan bercakap kemaluan isterinya pukimak hanya untuk bergurau tiada niat menyamakan dgn sape2..? yang menjadi kerisauan ialah kerana perkataan pukimak itu ada menyebut mak..dan niat sebenar adalah bergurau tiada nak menyamakan dengan sesiapa..harap penjelasan adakah jatuh zihar..
ReplyDelete