Entri kali ini kita berkesempatan memahami klasifikasi harta baitulmal sama ada ia adalah harta khusus untuk maslahah orang Islam atau boleh juga diluaskan kepada orang bukan Islam.-
Dapatlah difahami secara undang-undangnya, baitulmal yang ada pada hari ini adalah perbendaharaan keagamaan khusus untuk orang Islam sahaja. Baitulmal bukanlah perbendaharaan awam yang meliputi orang bukan Islam seperti yang berlaku pada zaman awal Islam. Kesan daripada ideologi penjajah, kerangka perundangan dan ekonomi telah diubah kepada bentuk dualism. Perbendaharaan awam dan harta awam hanya merujuk kepada Perbendaharaan Negeri atau Persekutuan iaitu Kumpulanwang Disatukan bagi Negeri atau Persekutuan sahaja. Akta Kewangan Negara 1957, Seksyen 61 menetapkan bahawa harta awam tidaklah termasuk harta zakat, fitrah, baitulmal atau hasil kebajikan umat Islam.
Walaupun begitu, prinsip syarak sebenarnya telah menetapkan harta baitulmal juga adalah harta awam yang melibatkan kepentingan negara dan berhak dinikmati oleh orang Islam dan bukan Islam. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah memberikan bantuan kepada orang Yahudi (ahli zimmi) mengunakan wang daripada baitulmal.
Walaupun begitu, prinsip syarak sebenarnya telah menetapkan harta baitulmal juga adalah harta awam yang melibatkan kepentingan negara dan berhak dinikmati oleh orang Islam dan bukan Islam. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah memberikan bantuan kepada orang Yahudi (ahli zimmi) mengunakan wang daripada baitulmal.


(Buku al-Jarh wa Ta'dil ni beliau tulis semasa saya sedang khusyuk menyiapkan buku pertama saya di bawah Penerbit DMP bertajuk: 'Memahami Hukum Zihar dan Ila'. Buku ni beliau tulis bersama dengan seorang pensyarah dari KUIS)
(Antara judul buku yang berjaya dihasilkan oleh beliau)
(Macam biasa buku ni pun dihadiahkan kepada saya oleh beliau sempena kunjungan saya ke rumah beliau pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Sesiapa yang ada masalah kereta kena curi boleh la baca buku ni. Untuk pencuri kereta pun bagus jugak baca buku ni. Mana la tahu boleh insaf dan bertaubat)
(Buku ni pula beliau berduet dengan isterinya sendiri. Entah bila la saya nak berduet dengan isteri saya dalam menulis buku ni. Saya dah offer banyak kali dah kat isteri saya. Tapi saya terpaksa akur tanggungjawabnya mengasuh anak-anak saya sangat mencabar. Takpe kita tunggu anak-anak kita besar dulu ye Sayang!.)







