Wednesday, September 23, 2009

NUR HUJJATUN RUJHA BINTI JURAISH: Anugerah AidilFitri 2009

Pada kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua umat Islam di mana sahaja mereka berada. Semoga syawal ini membawa erti kemenangan sejati kepada kita semua dalam menegakkan Syariah Allah di muka bumi dan menentang segala kezaliman.
Saya juga mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah Taala atas kurniaannya yang menganugerahkan cahaya mata keenam buat saya dan isteri tercinta pada awal pagi 25 Ramadhan yang lalu. Saya namakan puteri kecil ini sebagai NUR HUJJATUN RUJHA yang bermaksud CAHAYA HUJJAH YANG TERKUAT. Semoga dengan nama ini menjadi satu doa yang dapat mencorakkan masa depannya sebagai seorang pembela Islam sama ada menjadi peguam syarie atau apa sahaja profesyen yang diredhai. Apa yang penting setiap tutur kata dan fikirannya kelak biarlah tertegak di atas hujah yang sahih, rajih dan nyata selari dengan maksud namanya. Wallahu musta'an.

7 comments:

  1. Salam sdr.Juraish.

    Pak Ngah ucapkan tahniah kepada anda berdua. Semoga Allah jadikan Nur Hujjatun Rujha seorang anak yang solihah.amin.

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz..tahniah di atas kelahiran Nur Hujjatun Rujha...moga nur menjadi penyambung perjuangan ustaz kelak..

    ReplyDelete
  3. Salam Ustaz,

    Salam Eid Mubarak 1430H. Tahniah atas kelahiran sorang lagi nurain (cahaya mata) Moga terus dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan dalam hidup. Bila nak datang beraya di rumah?

    ReplyDelete
  4. Salam... Juraish tahniah.. walaupun terlewat dan SELAMAT HARI RAYA.Tahun nie tak nak bagi saya SIJIL MAKAN kat rumah ker?

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus