Hari ini tamatlah 3 bulan pertama saya mengendalikan firma guaman syarie sendiri. Masih banyak keperluan firma yang perlu dibina. Masih banyak lagi ilmu dan seni guaman yang perlu diterokai. Sebelum ini peluang agak terhad untuk mendapatkan pengalaman mengendalikan pelbagai kes kekeluargaan dan kehartaan. Kini dengan kebebasan mengendalikan kes, pengalaman baru mula ditimba. Apapun syukur kepada Allah, atas pertolonganNya semua urusan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong, memperkenal dan memberi tunjuk ajar dalam menguruskan firma. Bersama-samalah kita berjuang dalam memartabatkan perundangan Syariah di muka bumi ini.
"Menuntut Demi Keadilan Membela Dari Kezaliman"
JURAISH SYARIAH ASSOCIATES
Bukan Senang nak Senang dan Bukan Susah Nak susah
ReplyDeleteSalam Sdr.Juraish.
ReplyDeleteNak senang susah, nak susah senang.
Selain kata-kata itu Pak Ngah gembira dengan kejayaan anda, semoga Allah terus memberi kejayaan kepada anda.
slm. teruskan kearah kecemerlangan . . insyallah akan berjaya. . pastikan WORK HARD . .
ReplyDelete* saya pernah berkhidmat membuka rancangan felda 19 (siantan) drp th 1974 hingga 1978 . . . teringat akan susah payah kehidupan kala itu. Teringat utk berjumpa kembali sahabat2 dibawah jagaan saya.. dan ktgn.. seandainya masih ada.
terima kasih waknal. mungkin sy atau ayah saya tak sempat bersama waknal masa di jengka 19, kami masuk rancangan pada 1978. anyway terima kasih atas sumbangan waknal membina generasi felda...
ReplyDelete