Pada kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua umat Islam di mana sahaja mereka berada. Semoga syawal ini membawa erti kemenangan sejati kepada kita semua dalam menegakkan Syariah Allah di muka bumi dan menentang segala kezaliman.
Saya juga mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah Taala atas kurniaannya yang menganugerahkan cahaya mata keenam buat saya dan isteri tercinta pada awal pagi 25 Ramadhan yang lalu. Saya namakan puteri kecil ini sebagai NUR HUJJATUN RUJHA yang bermaksud CAHAYA HUJJAH YANG TERKUAT. Semoga dengan nama ini menjadi satu doa yang dapat mencorakkan masa depannya sebagai seorang pembela Islam sama ada menjadi peguam syarie atau apa sahaja profesyen yang diredhai. Apa yang penting setiap tutur kata dan fikirannya kelak biarlah tertegak di atas hujah yang sahih, rajih dan nyata selari dengan maksud namanya. Wallahu musta'an.
Salam sdr.Juraish.
ReplyDeletePak Ngah ucapkan tahniah kepada anda berdua. Semoga Allah jadikan Nur Hujjatun Rujha seorang anak yang solihah.amin.
Salam ustaz..tahniah di atas kelahiran Nur Hujjatun Rujha...moga nur menjadi penyambung perjuangan ustaz kelak..
ReplyDeleteterima kasih. Wassalam.
ReplyDeleteSalam Ustaz,
ReplyDeleteSalam Eid Mubarak 1430H. Tahniah atas kelahiran sorang lagi nurain (cahaya mata) Moga terus dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan dalam hidup. Bila nak datang beraya di rumah?
tahniah
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteSalam... Juraish tahniah.. walaupun terlewat dan SELAMAT HARI RAYA.Tahun nie tak nak bagi saya SIJIL MAKAN kat rumah ker?
ReplyDelete