Thursday, December 24, 2009

UCAPAN ISLAMIK TERHADAP BUKAN ISLAM SEMPENA KRISMAS

Kita sedia maklum bahawa terdapat khilaf di kalangan ulama' dalam menentukan hukum mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam ketika perayaan mereka terutama jika ia melibatkan elemen keagamaan dan akidah. Sebagai contoh ucapan 'Merry Christmas' sebahagian ulamak menyatakan haram hukumnya jika diucapkan oleh orang Islam kepada penganut Kristian kerana ia membawa kesan akidah seolah-olah kita mengiktiraf kepercayaan Kristian bahawa Allah itu mempunyai anak dan lain-lain kepercayaan yang menyeleweng.

Perayaan Krismas disambut sekadar untuk mengenang tarikh kelahiran Jesus yang kononnya dikatakan sebagai anak tuhan (Subhanallah). Itupun mereka masih bertelagah dalam menentukan tarikh kelahiran Jesus. Menurut kalender Julius (Gereja Ortodoks dan Koptik) ia disambut pada 7 Januari manakala menurut kalender Gregorian ia disambut pada 25 Disember setiap tahun.

Walaupun begitu, jika dikaji secara mendalam perayaan Krismas itu sendiri bukanlah berasal daripada ajaran agama Kristian sebaliknya ia telah bercampur aduk dengan adat. Justeru perayaan Krismas yang disambut oleh penganut Kristian pada hari ini bukanlah suatu perkara agama bahkan ia hanyalah perkara adat kerana ia tidak dinyatakan sebagai suatu tuntutan dalam Bibble. Buktinya tidak terdapat bukti kukuh daripada Bibble atau nas Syarak menyatakan Nabi Isa sendiri pernah menyambut perayaan Krismas kerana baginda sendiri tidak pernah merayakan hari lahirnya.

Walaupun Krismas hanya sekadar perayaan adat, ia perlu juga difahami sebagai suatu upacara agama yang berpengaruh dalam agama Kristian kerana ia telah diiiktiraf seolah-olah sebagai satu upacara keagamaan. Justeru tidaklah perlu bagi umat Islam mengucapkan tahniah atau selamat dengan ungkapan "Merry Christmas" kepada penganut Kristian tanpa sebarang tujuan melainkan dalam keadaan tertentu yang diharuskan sahaja seperti:

1) Pendakwah yang bertujuan untuk mendekati penganut Kristian bagi menyampaikan risalah Tauhid, jika tiada cara lain yang boleh digunakan untuk mendekati mereka.
2) Pemimpin yang bertujuan menjaga keharmonian masyarakat yang diperlukan untuk menjaga keamanan negara, jika situasi memerlukan.
3) Sahabat kepada sahabat karib yang bertujuan untuk menjaga ikatan persahabatan selagi mereka tidak memusuhi Islam
4) Saudara Baru (muallaf) kepada ahli keluarganya yang belum Islam dengan tujuan untuk menjaga silaturrahim dan memujuk mereka kepada Islam.
5) Murid kepada guru yang bukan Islam jika ilmunya diperlukan untuk sesuatu urusan keduniaan yang diiktiraf oleh Syarak, jika keadaan memerlukan.
6) Lain-lain keadaan yang memerlukan.


WALAU BAGAIMANAPUN, adalah lebih wajar jika kita mengungkapkan ucapan selamat tersebut kepada penganut Kristian dengan mengikut cara kita iaitu sebagai contohnya:

i) ASSALAMU 'ALA 'ISA YAUMA WULIDA السلام على عيسى يوم ولد Bermaksud: "Sejahteralah ke atas Nabi Isa pada hari Dia dilahirkan". Ungkapan ini selain diambil daripada mafhum kata-kata Nabi Isa sendiri yang dipetik dalam al-Quran (Surah Maryam, ayat 33) , ada logiknya juga, kerana pada hari Krismas mereka menyambut kelahiran Nabi Isa. Justeru sudah pasti wajar kita mendoakan kesejahteraan untuk Nabi Isa, bukan sekadar kesejahteraan untuk pengikutnya.

ii) ASSALAMU 'ALA MAN ITTABA'A AL-HUDA السلام على من اتبع الهدى (Sumber surah Taha, ayat 47) Bermaksud: "Sejahteralah ke atas sesiapa yang mengikuti Petunjuk". Ini adalah ucapan "salam selamat" yang diungkapkan oleh Nabi Musa dan Harun semasa menghadap Firaun ketika menyampaikan seruan dakwah kepadanya. Ungkapan ini jika diaplikasikan boleh diterima sebagai satu doa kepada penganut Kristian dengan harapan mudah-mudahan mereka akan mendapat petunjuk dan hidayah dalam mencari agama yang benar iaitu ISLAM.

Wallahu A'lam.

2 comments:

  1. saya punya jiran beragama Hindu, selalu mengucapkan selamat hari raya apabila tiba raya aidilfitri atau aidiladha, tapi bila time raya dia saya tak ucap langsung, cuma tanya "raya ni tak balik kampung ker..." "bawa kereta baik-baik aa". cadangan penulis blog sesuai untuk agama samawi, bagaimana pula dengan agama bahimi (hindu) dan wasani (berhala)?.

    ReplyDelete
  2. in my opinion, boleh aje nak ucapkan kata-kata di atas sebagai ucapan selamat sempena perayaan penganut hindu, buddha atau zoroster (majusi) dll terutamanya ucapan ASSALAMU 'ALA MAN ITTABA'A AL-HUDA. tapi buangkan alif lam makrifah pada ASSALAM . So sebut SALAMUN ALA MAN ITTABA'A AL-HUDA. Atau diinggeriskan ucapan itu supaya nampak UNIVERSAL sket.ada cadangan?

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus