Wednesday, January 7, 2009

STRATEGI 7 JAHANAM: Hanguskan Tentera Israel Dengan Ababil yang Mengatasi Bom Fosforus


Kegilaan Israel menggunakan bom fosforus terhadap penduduk awam Palestin pada hari ini mengingatkan saya kepada Burung Ababil, tentera Allah yang pernah menghanguskan tentera Abrahah pada tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tindakan Israel yang terlalu angkuh meniru lagak burung ABABIL itu memaksa saya memintas kepada strategi KETENTERAAN yang terencana sebagai strategi Ke-7 dalam S7J. Strategi itu ialah mengubah daripada sistem ketenteraan takut mati kepada KETENTERAAN tanpa TAKUT MATI.


Strategi tersebut bermula agak panjang juga. Namun yang paling penting penghujungnya sahaja yang dimuatkan di sini.

Apakah maksud strategi ini? Ia adalah strategi persenjataan berasaskan TAQWA dan bukan berasaskan senjata moden yang membawa kemusnahan total. Senjata taqwa tidak akan membawa kepada kemusnahan berleluasa. Bahkan semakin tinggi tahap taqwa yang digunakan, semakin ia membawa kepada keamanan sejagat. Tidak syak lagi taqwa itu adalah sebaik-baik senjata dalam menewaskan musuh. Itulah juga pesanan dalam al-Quran. Itulah juga arahan yang pernah dititahkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh kepada tenteranya ketika menakluki kota Konstantinople hingga membawa kemenangan yang dijangkakan oleh Rasulullah SAW ketika hayat Baginda lagi. Senjata taqwa yang terbina daripada lapisan iman yang kental memang tidak ada taranya di dunia ini. (lihat al-Baqarah:197)


Secara ringkasnya, berikut adalah cadangan pelan tindakan untuk melaksanakan sistem ketenteraan berasaskan taqwa dan tanpa takut mati:

1) Berperanglah kerana niat meninggikan kalimah ‘La ilaha illa Allah’ bukan semata-mata kerana merebut tanah air, harta kekayaan dsb. Jika mereka hanya berniat mempertahan dan merebut tanah, nescaya mereka akan dimasukkan ke dalam tanah jua. Jika mereka berniat untuk meninggikan kalimah Allah, nescaya mereka akan menemui Allah jua, sama ada syahid atau hidup dimulia.

2) Semua tentera Islam yang keluar berjuang hendaklah menjaga solat, walaupun dalam suasana berperang. Usahakan agar dapat mendirikan solat berjemaah ketika peperangan, dengan syarat sebahagian tentera yang lain berjaga-jaga terhadap serangan musuh secara bergilir-gilir. Jika tidak dapat dilakukan solat berjemaah kerana terpisah daripada pasukan dsb, maka dirikan solat secara bersendirian. Jika masih ada halangan untuk bersolat, maka dirikanlah juga solat khauf sambil berlari atau berjalan. Sekiranya mereka menjaga solat, maka solat akan menjaga mereka. Sekiranya mereka melupakan solat, maka solat akan melupakan mereka.

3) Berpuasa sunat ketika waktu siang hari peperangan. Sejarah mencatatkan betapa banyaknya kemenangan menemui tentera Islam dalam keadaan mereka berpuasa. Masakan tidak, sedangkan puasa itu bermatlamat untuk meningkatkan taqwa. Senjata yang kita perlukan dalam peperangan juga adalah taqwa. Kaedah yang sama pernah digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ketika menakluki Konstantinople hingga membawa kemenangan mudah tanpa kemusnahan besar. Dengan strategi berpuasa kekurangan bekalan makanan tidak menjadi halangan besar untuk para tentera terus mara. Sekiranya ketua tentera mengarahkan semua tenteranya berpuasa sunat dalam peperangan, maka puasa sunat itu menjadi wajib. Tentera yang engkar arahan berpuasa jika ia terbunuh, maka akan dipersoalkan di hadapan Allah. Ingatlah ketika Talut (ketua tentera) mengarahkan tenteranya berpuasa dengan melarang meminum air sungai (kecuali sedikit) ketika memerangi Jalut yang kufur. Apakah tentera yang mengingkari arahan Talut dapat meningkatkan taqwa mereka. Akhirnya tentera yang berpuasa juga yang mendapat kekuatan. (rujuk al-Baqarah:249)

4) Doa dan pohonkan bantuan daripada Allah semata-mata. Jangan hanya meminta bantuan kepada manusia baik atas nama PBB, OIC dsb. Apakah umat Islam dan manusia lain di luar sana dapat membantu mereka kalau tidak dengan pertolongan Allah? Sedarilah di sisi Allah ada bantuan ketenteraan yang amat hebat dan agung.

Berikut antara tentera-tentera Allah yang sempat disenaraikan:

a) Pesawat ABABIL: dengan kelajuan cahaya dan keupayaan melepaskan bom SIJJIL yang mampu menghanguskan apa sahaja dalam sekelip mata dengan keupayaan menembak tepat pada sasaran tanpa tersasar kepada orang awam yang tidak berdosa dan bangunan kerajaan. Kecanggihan pesawat ABABIL ini tidak akan dapat ditandingi oleh Israel atau mana-mana sekutunya. Pernah digunakan sekali ketika menewaskan tentera ABABIL di Kota Mekah pada tahun Gajah. (Surah al-Fil)

b) Gelombang AL-RU’BU; gelombang ultra-microsonic yang menghasilkan rasa takut dan gementar yang tidak terhingga dalam diri tentera musuh. Kesan radiasi daripada gelombang ini menyebakan tentera musuh serta merta lari bertempiaran dan ketakutan meninggalkan kawasan peperangan, tanpa menyebabkan kemusnahan harta benda yang teruk. (Surah al-Hasyr; ayat 2) Gelombang ini tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana tentera di atas muka bumi. Pernah digunakan ketika menewaskan kaum YAHUDI yang melanggar perjanjian damai di Kota Madinah ketika zaman Rasulullah. Gelombang ini menyebakan bangsa YAHUDI tidak berani lagi menjejakkan kaki mereka di tanah suci itu hingga sekarang.



c) Terdapat beberapa lagi senjata pemusnah global seperti gempa bumi melebihi 10 skala rektar, banjir besar, angin lintang, guruh gempita dan sebagainya yang pernah digunakan terhadap kaum sebelum dan sesudah kemunculan bangsa YAHUDI. Senjata tersebut terlalu berbahaya untuk dinyatakan di sini kerana jika ia digunakan akan membawa kepupusan bangsa secara total seperti mana pupusnya bangsa Ad, Thamud. Madyan dsb.



Itulah di antara senjata TAQWA yang kita harapkan daripada ALLAH. Bukan senjata buatan manusia yang membunuh manusia tidak berdosa. Sampaikanlah kepada semua tentera yang berjuang atas panji Islam.



- KIRI: Strategi ketenteraan yang digunakan berjaya memerangkap pengunjung dari Israel pada 07012009 jam 11:40pm waktu Malaysia . Beliau dipercayai telah berjaya ditewaskan dengan gelombang AL-RU'BU tanpa melibatkan kemusnahan harta benda.



No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus