Wednesday, November 11, 2009

Wajarkah Firma Guaman Syarie Swasta Memberi Khidmat Guaman PERCUMA?

Dalam entri kali ini izinkan saya untuk mendapatkan pandangan daripada pembaca sekalian berkaitan institusi kepeguaman syarie. Khidmat guaman syarie percuma sering saja dikaitkan dengan agensi kerajaan seperti Biro Bantuan Guaman di peringkat Persekutuan dan Unit Guaman Syarie JAIS di peringkat Negeri Selangor. Amat jarang kedengaran firma guaman syarie swasta yang sanggup memberikan khidmat guaman syarie secara percuma. Apakah ini disebabkan terdapat halangan undang-undang atau halangan lain?



Apakah reaksi anda jika anda mendapati wujudnya mana-mana firma guaman syarie swasta yang menawarkan khidmat guaman percuma untuk anakguam yang berpendapatan rendah? Sebagai contoh dalam keadaan seperti ini:

Kos guaman PERCUMA untuk pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM1,000.00 sebulan dalam kes yang melibatkan:

a) Muallaf yang telah menghayati agama Islam dalam kes kebenaran nikah mengunakan wali hakim;

b) Ibu Tunggal yang ditinggal langsung oleh suami tanpa nafkah dalam kes perceraian fasakh/ ta’liq secara sebelah pihak;

c) Waris si mati dalam kes pengesahan pusaka (sijil faraid) yang melibatkan lebihan baki yang diserah kepada baitulmal;

d) Orang kena tuduh dalam kes jenayah Syariah yang sanggup mengaku bersalah dan telah bertaubat tetapi bercadang untuk merayu bagi diringankan hukuman;

Adakah dengan bantuan guaman ini dapat menyampaikan mesej dakwah secara berkesan? Contohnya untuk muallaf yang hendak berkahwin, agar mereka lebih menghayati agama Islam, untuk ibu tunggal supaya mereka tidak terus menderita dan dapat menutup pintu kejahatan, untuk waris pusaka supaya pembahagian harta dapat diselesaikan dengan baik dan dapat dimanfaatkan oleh baitulmal, untuk orang kena tuduh supaya ia mengaku bersalah dan bertaubat.

4 comments:

  1. Salam Sdr. Juraish.

    Pak ngah rasa itu adalah suatu cadangan dan sumbangan yang baik kiranya ada pihak yang mampu berbuat demikian.

    Melepas dan melegakan kesusahan orang lain tanpa diragui lagi bahawa tindakan itu adalah tindakan yang baik dan bijak.

    ReplyDelete
  2. askm
    sy setuju dengn perkhidmatan @ dalam arti kata sumbangan pada pihak yg tidak terbela di masyarakat luar. sekurang2nya kita bisa memperbaiki kes2 yg diluar. insya-Allah

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju kerana masaalah keluarga saya adalah rumit dan jika penyelesaiannya di Jabatan Agama, saya berpendapat semakin ramai la ibu tunggal yang akan kehilangan kerja kerana asyik terpaksa mengikuti tatacara guaman Syarie yang seperti biskut... kadang² ada, dan kadang² tidak.. dan ada juga yang menjadi org tengahnya.. duit habis beribu, masaalah selesai pun tidak.. yg jadi mangsa anak² jugak..

    ReplyDelete
  4. Peguam Syarie adalah khalifah yang juga menjalankan tugasnya sebagai daie. berdakwah hendaklah dalam segala hal. Peguam Syarie tak perlu mengiklankan guaman percuma. Dia boleh kendalikan semua kes yang dia suka. Dia juga boleh ambil bayaran atas kes yang dia kendalikan sebagai upah atau melakukan secara percuma atau memilih mana-mana yang dia rasa perlu diberi percuma. Bantuan itu adalah satu sedekah yang tak perlu diwar-warkan. Walaupun dia tidak kendalikan sesuatu kes tersebut, dia juga adalah sebagai seorang muslim berhak menyatakan kebenaran, memberi nasihat dan panduan dari segi syarak kepada pelanggan kerana itu juga satu bentuk dakwah. nasihat agama, undang-undang atau perjalanan mahkamah bukanlah hak eklusif peguam yang mesti dibayar bila diperlukan. terima kasih. Roi-Aroi

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG FIRMA GUAMAN SYARIE Mei 2012 (DITUTUP 26 SEPT 2012)

Adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang SYARIAH untuk menjadi Associate / Partner di Firma ini, sepertimana berikut:


1) Peguam Syarie (Partner)

-Memiliki sijil amalan Peguam Syarie di Negeri Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sama ada di sektor awam atau swasta.



2) Perunding Muamalat (Partner)

- Memiliki Ijazah dalam bidang Syariah atau setaraf dan Diploma/Sijil Perancang Harta/Kewangan Islam atau kelulusan ikhtisas yang setaraf.

- Pengalaman tidak diperlukan. Namun keutamaan diberi kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengembangkan produk hibah, wasiat, amanah dan sebagainya.



3) Pembantu Peguam

-mempunyai kelulusan diploma, pengalaman dan pengetahuan yang relevan dengan bidang guaman syarie.

- gaji ditawarkan mengikut permintaan dan kebolehan




4) Pelatih dalam kamar/ Pelajar amali/praktical/latihan industri

-tertakluk kepada kekosongan dan keperluan semasa.


- CARA memohon: hantarkan resume lengkap ke email juraish@yahoo.com. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga.








WADAH PERBINCANGAN ISU PERUNDANGAN SYARIAH, SOAL JAWAB AGAMA, KULIAH TAFAQQUH. Kepada semua pengunjung. Semoga blog ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Anda dipelawa mengemukakan pandangan@kemusykilan agama dan undang-undang syariah untuk dimanfaatkan bersama.Setiap rencana yang tersiar dalam laman ini adalah pandangan peribadi daripada penulis blog dan tidak mewakili pendapat atau pendirian mana-mana pihak melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penulis.
DECLARE... LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

Translate this blog

English French German Spain Italian DutchRussian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Daus